BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, December 15, 2010

Bekas Ketua Kampung PR dari Perak..Jangan TIDURRRR..

Ketua kampung PR masih diperlukan


PADANG RENGAS – Biarpun jawatan mereka sudah tidak diiktiraf, peranan ketua kampung yang dilantik ketika pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) masih diperlukan bagi memastikan pendaftar dan pengundi baru menyokong parti PR.

Bagi mendekatkan lagi kepimpinan ketua kampung PR dengan penduduk setempat, satu dialog diadakan bertempat di Musolla, Paya Rangam, di sini, Selasa lalu dan perkara utama yang dibangkitkan adalah mengenai status ketua kampung PR itu sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubuk Merbau, Zainuddin Mohd Yusof berkata, walaupun kerajaan mempunyai kuasa tetapi pemilihan ketua kampung itu adalah sah kerana ia dipilih oleh rakyat sendiri.

Menurutnya, sempena Pilihan raya Umum (PRU-13) akan datang, ketua kampung PR masih berkesempatan menentukan keadilan.

“Kita masih lagi terkilan dengan kes ketua kampung PR dan sehingga kini ia masih menjadi kes di mahkamah.

“Sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk bergabung tenaga menegakkan keadilan dan meneruskan peranan masing-masing,” katanya sempena majlis itu.

Beliau berkata, semua ketua kampung tidak boleh hanya mendiamkan diri dan diminta menggerakkan jentera mereka di kawasan masing-masing.

“Ketua kampung perlu mendaftarkan pengundi di kawasan masing-masing supaya dapat dikumpulkan sebagai persediaan PRU ke-13,” katanya.

Sempena itu, majlis Mesra Rakyat yang turut berlangsung selama sehari di perkarangan Musolla berkenaan dan pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pertandingan masakan dan Busana Tradisional.

Ia sebahagian daripada program turun padang sebagai usaha mendekatkan pemimpin bersama masyarakat setempat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails