BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, December 29, 2010

Macam-macam punya wayang....

yang siremaja gagal dapat MyKad,lain pulak hal dengan tmpt aku,diberitakan bahawa ramai pekerja dan tokey Kedai Tom Yam dapat Kad Pengenalan Biru..?kenapa..dah konfirm mereka dilahirkan diThailand dtg ke Malaysia utk bekerja di kedaikedai Tom yam..tetiba dimaklum memiliki MyKad..warganera..kenapa boleh jadi gitu..?dengan harapan mereka mereka ini dapat mengundi BN ke..?juga dimaklumkan bahawa mereka belanjakan sebanyak rm15ribu utk mendapatkan WN..aduh aduh...habis negara dilelong ...oleh segelentir manusia..selepas itu bangkit laju dgn isu derhaka dan pengkhianat..

Remaja Siam gagal peroleh MyKad

29/12/2010 5:33pm

PADANG BESAR - Seorang remaja perempuan berketurunan Siam bakal menghadapi masa depan yang suram apabila permohonannya untuk mendapatkan MyKad ditolak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekalipun bapanya adalah rakyat Malaysia.

Ironinya, Nitphapon Leng, 13, yang dilahirkan di negara ini mempunyai sijil kelahiran dan pernah memiliki pasport antarabangsa Malaysia yang meletakkan statusnya sebagai warganegara.

"Peliknya, anak sulung saya yang berusia 16 tahun dan juga anak bongsu saya juga mempunyai MyKad dan MyKid mereka,” kata bapa remaja itu, Leng Ooi Bachit pada sidang media, di sini hari ini. Leng, 36, yang bekerja sebagai peniaga di sini berkata, isterinya adalah warga Thailand namun mereka sekeluarga menetap di Kampung Kubang Tiga dekat sini, manakala Nitphapon pula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar.

"Saya sedih kerana Nitphapon dilahirkan di negara ini dan memiliki sijil lahir tetapi haknya untuk mendapat taraf warga negara ini ditolak,” katanya menambah kegagalan permohonan mendapatkan MyKad itu dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri menerusi sepucuk surat pada November lepas. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails