Bashir Ishak |
KANGAR, 14 Dis: Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis (Dun) hari ini menyaksikan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan pengurusan bencana banjir di Perlis, baru-baru ini gagal. Beliau yang juga Adun Tambun Tulang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menipu ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakannya. Pada sesi soalan lisan pagi tadi, Md Isa menjawab serentak enam soalan yang dikemukakan oleh Shahidan dan empat orang lagi ahli dewan berkaitan banjir yang melanda Perlis baru-baru ini. Soalan panjang yang dikemukakan Shahidan memohon jawapan dari pihak kerajaan nama pengelola di 25 pusat pemindahan banjir. Shahidan yang bangun membuat soalan tambahan berkata, jawapan Menteri Besar ada yang benar dan ada yang bohong. "Mengapa ada nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang tidak disebutkan namanya. Pengurusan banjir pada kali ini totally failed, banjir dah berlaku beberapa hari tapi mengapa pada 3 November baru dapat bantuan, sebelum itu siapa yang keluarkan bantuan?" soalnya. Md Isa kemudiannya menjelaskan bahawa jawapan yang diberikannya tadi adalah berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya. Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) kemudiannya turut memberikan pandangan dengan menyatakan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Menteri Besar perlu juga menyebut pihak-pihak tertentu yang turut membantu mangsa banjir seperti Yayasan Pok dan Kassim (milik Shaidan) dan parti-parti politik. Md Isa menjelaskan bahawa, semua yang memainkan peranan semasa banjir tempohari telah dirangkumi dalam jawapannya di bawah kategori 'sukarelawan'. Selepas dewan berehat sesi pagi, Md Isa membentangkan bajet kerajaan negeri Perlis bagi tahun 2011. Keseluruhan bajet yang dicadangkan ialah sebanyak RM262 juta yang merangkumi RM 174 juta perbelanjaan mengurus dan RM88 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Bajet 2011 ini meningkat berbanding tahun lalu di mana perbelanjaan mengurus dan pembangunannya masing-masing sebanyak RM143 juta dan RM55 juta. Hasil yang dianggarkan bagi negeri Perlis pada tahun 2011 ialah sebanyak RM89 juta, meningkat sebanyak RM21.9 juta berbanding RM67 juta pada tahun ini. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan terus mengalami defisit sebanyak RM85 juta, meningkat sebanyak 12 peratus berbanding 76 juta pada tahun 2010. |
Wednesday, December 15, 2010
apa hal lak..UMNO tibai UMNO..?Poket kempias ke..?
Shahidan dakwa pengurusan banjir di Perlis gagal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment