apa punya cerita ini...cubaan cabul dalam Pejabat Detektif ..adyooooya..ini macam ..apa cerita Rakyat..kalau berlaku perkara-perkara negatif nak mengadu pada siapa..?
Konstabel bebas tuduhan cabul inspektor wanita
|
|
PETALING JAYA - Seorang konstabel polis dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada tuduhan cubaan mencabul seorang inspektor wanita yang juga rakan setugasnya pada tahun lalu.
Majistret Aishah Hijriah Arshad membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusri Yusof, 35, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Petaling Jaya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Yusri didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita berpangkat inspektor berusia 24 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya pada pukul 5.35 petang, 26 Mei 2009 di Pejabat Detektif, Cawangan Narkotik IPPD tersebut.
Aishah memutuskan Yusri tidak bersalah setelah mahkamah berpuas hati terdapat keterangan meragukan daripada mangsa yang juga pengadu kes itu dalam tiga sumber berbeza.
Ketika membacakan penghakimannya, Aishah berkata, mangsa didapati memberi keterangan bercanggah dalam laporan polis, keterangan semasa perbicaraan dan juga cerita yang disampaikan kepada teman sepejabat.
No comments:
Post a Comment