BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, December 16, 2010

Satu Dunia ..dah tahu siapa Lanun siapa Mangsa Lanun

Lanun asyik tuduh orang lain..cermin Muka dulu..

Ramai sudah tahu watak Nizar - Zambry

IPOH 15 Dis. - ''Nizar yang berada dalam krisis, bukan Perak''.
Itulah reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mengulas tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melancarkan buku bertajuk Perak: A State of Crisis di Annexe Gallery, Kuala Lumpur, Ahad lepas.

Zambry berkata, terpulanglah kepada Mohammad Nizar untuk berbuat apa sahaja kerana yakin ramai sudah mengetahui watak pemimpin Pas itu yang sebenar.

''Semua sudah saksikan watak dia. Dia boleh kata apa watak dia begitu atau begini di Kuala Lumpur.

''Namun, semua media di Perak sudah sedar watak beliau semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini dan tindak tanduknya selama ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Ahad lepas, Mohammad Nizar melancarkan buku tersebut terbitan sebuah laman web yang memperincikan peristiwa kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak.

Buku tersebut merupakan kompilasi artikel tulisan peguam dan aktivis di blog, yang menyokong pakatan pembangkang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails