K`jaan Negeri bantah habis habisan dengan calon pilihan Najib..kalau biarkan simalaun Khusrin naik lagi parah..
SUK Selangor: Pakatan syor tiga calon, pusat namakan Pengarah Jais
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi disebut-sebut turut disenaraikan, khususnya oleh kerajaan pusat, sebagai calon bagi mengisi jawatan setiausaha kerajaan negeri mulai awal tahun depan.
The Malaysian Insider difahamkan nama Mohammed Khusrin dibawa untuk pertimbangan dan mendapatkan perkenan Istana Negeri bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang bersara baru-baru ini.
Kontrak perkhidmatan beliau berakhir awal bulan ini.
Sumber memberitahu bahawa nama Mohammed Khusrin menjadi pilihan kerajaan pusat dan disyorkan sebagai tambahan kepada tiga nama yang dibawa oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Jais pimpinan Mohammed Khusrin menjadi tumpuan dalam siri kontroversi sejak dua tahun lalu, termasuk tindakan perundangan ke atas bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan isu Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berada dalam sebuah surau di Kajang.
“Kerajaan negeri ada mengemukakan tiga nama selepas jawatankuasa pemilihan menemu bual beberapa calon, dan difahamkan nama pengarah Jais juga dibawa ke perhatian Istana untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Sumber memberitahu meskipun lazimnya nama calon bagi jawatan itu disyorkan oleh kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat juga akan ada “kata putus mereka”.
“Ini menjadi amalan masa-masa lalu,” kata sumber itu yang turut menekankan bahawa seolah-olah wujud “konflik” dalam isu apabila kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak juga membawa nama untuk pengisian jawatan paling tinggi dalam perkhidmatan negeri.
Apa yang menarik ialah ini kali pertama kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat terlibat dalam soal mengesyorkan nama calon bagi jawatan itu.
Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada pilihan raya umum Mac 2008.
“Berdasarkan pada masa lalu nama dibawa kerajaan negeri lazimnya seiring dengan pandangan pusat, tetapi ini kali pertama kerajaan negeri membawa tiga nama dan pada masa yang sama persekutuan dikatakan akan membawa nama pengarah Jais,” kata sumber itu.
Semalam, Mohammed Khusrin menolak laporan sebuah portal bahawa beliau akan menamatkan khidmatnya di Jais bulan depan.
Laporan itu yang turut memtik sumber berkata, Mohammed Khusrin akan ditukarkan ke jabatan lain yang belum dapat dipastikan tetapi ia dilihat sebagai satu “kenaikan pangkat
No comments:
Post a Comment