KALAU DAH KEPUTUSAN DIAMBIL PADA TAHUN 2000 SIAPA YG LULUSKAN KALAU BUKAN UMNO..yg sipencabut gigi hanya diamkan saja kenapa tak bertindak masa jadi MB aritu..sekarang pandai kau tuduh k`jaan PR tak mahu bertindak membela surau itu..lawwwwyaaaa betol le lu orang..
Roboh Surau : Dalih Kerajaan Pakatan Seperti Ada Udang Sebalik Batu
SHAH ALAM, 22 Dis – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo membidas sikap dolak dalih kerajaan negeri berhubung pembangunan tapak Surau Al-Hidayah di Rawang dan menyifatkan tindak tanduk tersebut seperti ada udang di sebalik batu.
Tegasnya kenyataan Kerajaan Negeri bahawa tanah Kampung Melayu Rawang dijual oleh kerajaan Negeri pada 2002 adalah tidak benar.
“Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya.
“Bagaimanapun, memang benar isu mengenai pembangunan kawasan tersebut dibuat oleh pentadbiran saya. Namun setelah menerima bantahan daripada penduduk setempat, saya telah mengunjungi dan bersolat di Surau Al-Hidayah, Kampung Melayu, Rawang pada tahun 2003″, katanya dalam entri terbaru dalam blognya .
Beliau seterusnya memberitahu setelah mendengar pandangan penduduk setempat dan melihat lokasi surau terbabit, Kerajaan Negeri pada 2003 telah membuat keputusan projek pembangunan atas tanah tersebut boleh dibuat dengan syarat surau tersebut hendaklah dikekalkan di tapak sedia ada.
Justeru beliau menggesa Kerajaan Negeri pakatan pembangkang boleh menyemak minit mesyuarat Majlis Mesyuarat kerajaan negeri (EXCO) Selangor pada 2003 dan 2004 (saya tidak pasti tarikh sebenar keputusan tersebut dibuat) sebelum membuat tuduhan melulu.
“Tindakan kerajaan negeri mengutarakan keputusan 2002 dan mengabaikan keputusan pada 2003 atau 2004 menimbulkan tanda-tanya apakah mereka mempunyai kepentingan untuk menyembunyikan keputusan mengekalkan surau sedia ada. Apakah ada udang sebalik batu antara kerajaan negeri hari ini dengan pemaju?
“Kerajaan negeri hari ini juga boleh membatalkan projek tersebut jika mereka berpendapat ia tidak wajar dijalankan. Pisau dan mentimun di tangan, gunakanlah sebaik mungkin”, katanya.
No comments:
Post a Comment