kalau k`jaan Negeri yg membuat..kena hidung k`jaan Pusat..membinasakan,langkah negatif bercanggah dengan semangat demokrasi dan kebebasan...Taik kuching hang..apa cerita k`jaan Pusat..halang nak letak gambar Menteri Besar k`jaan negeri PR disekolah dan pejabat-pejabat k`jaan persekutuan..saya masih ingat lagi.. waktu PR memerentah Perak selepas 4 bulan.saya ada urusan dipejabat penghulu terkejut tengok masih ada gambar Menteri Besar yang dah expired(*tamat tempoh)..bila tanya kat kerani .. kenapa tak ganti gambar MB yang baru..tiada arahan dan ada halangan...halangan siapa kalau bukan dari malaun malaun UMNOBN..masa itu mana hilang semangat demokrasi yg si banggang ni cakap..?
Tsu Koon: Larangan guna logo 1 Malaysia di Selangor langkah ‘membinasakan’
KUALA LUMPUR, 26 Dis — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini berkata pemimpin kerajaan pakatan pembangkang Selangor sepatutnya bersaing dengan Barisan Nasional (BN) dalam mempromosikan semangat dan nilai gagasan 1 Malaysia daripada melarang penggunaan logo gagasan itu.
Beliau berkata tindakan melarang penggunaan simbol 1Malaysia di dalam iklan dan papan tanda di seluruh negeri itu merupakan langkah negatif dan membinasakan yang bercanggah dengan semangat demokrasi dan kebebasan.
“Sekiranya mereka menolak atau takut dengan simbol 1 Malaysia atas apa juga alasan, mereka boleh mempromosikan slogan dan simbol lain pilihan mereka dan memberikan saingan. Mereka tidak sepatutnya melarang penggunaan mana-mana simbol dengan syarat simbol itu tidak melanggar kesopanan atau sensitiviti.
“Ironinya ini menunjukkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang selama ini kononnya “memperjuangkan” demokrasi dan kebebasan tetapi dengan angkuhnya menggunakan taktik itu apabila mereka berkuasa. Tidak dapat dibayangkan apa yang akan berlaku sekiranya mereka berjaya mengambil alih Putrajaya,” katanya dalam kenyataan.
Pada 22 Dis, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu berkata logo 1 Malaysia membawa mesej politik dan undang-undang kecil majlis tempatan melarang pengiklanan politik di papan iklan dan dengan itu kerajaan negeri Selangor melarang penggunaannya.
Dr Koh (gambar) berkata beliau tidak nampak sebarang alasan rasional kenapa pakatan pembangkang beria-ia menentang penggunaan simbol itu yang kini didapati semakin berkesan dalam menyatukan dan memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. — Bernama
Perangai sebiji cam yg SONDOLLLl..Taik Org cukup Nampak,sedang yg buat Taik awal diri sendiri..
ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.
“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.
“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.
“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.
“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.
Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.
Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.
“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.
“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut.
SH
No comments:
Post a Comment