BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, December 26, 2010

Dah menjadi Trend..buat tuduhan ada DADah atau senjat yg berbahaya.

ingat lagi kes aminulrasyid..tetiba ada tuduhan...parang dalam kereta..sekarang ini dah menjadi satu trend baru..dirompak,atau ditembak bila jadi kes...disyaki ada senjata tajam atau dadah...kenapa..?

Dirompak polis: Peniaga timbang tindakan lanjut
Ahli perniagaan Chia Buang Hing sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan lanjut terhadap anggota polis yang dikatakan menyerang dan merompak wang tunai RM13,000 daripadanya awal bulan ini.
NONESatu siasatan polis telah dimulakan, dengan Chia mengenal pasti beberapa anggota polis dalam kawat cam semalam.

Chia (kiri) dipanggil ke balai polis daerah Petaling Jaya pagi semalam untuk mengecam mereka yang menyerangnya dan untuk dirakam kenyataannya.

Ahli perniagaan berusia 34 tahun itu mengecam empat anggota polis yang merupakan antara orang yang menyerangnya.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng - yang mengiringi Chia ketika dia membuat laporan polis - ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli perniagaan itu akan memaklumkan tindakan lanjutnya dalam satu sidang akhbar esok.

"Beliau akan memaklumkan tindakan lanjut yang akan diambilnya. Itu adalah bahagian pertama," kata Lim.

NONE"Bahagian kedua, beliau akan menyangkal tuduhan polis terhadapnya
berkaitan tuduhan memiliki dadah dan parang ketika ditangkap," kata ahli parlimen DAP itu lagi.

Lim berkata, Chia yang menjalankan perniagaan membuat bingkai gambar, tidak ada hari ini, kerana pulang ke kampungnya di Tanjung Sepat, Selangor tetapi akan mendedahkan maklumat terperinci mengenainya dalam sidang akhbar jam 2 petang esok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails