BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, March 2, 2011

Bicara dalam Bicara dan bicara....apa gunaya..?

saya rasa keputusannya ..dan apa hukuman yang patut dikenakan kepada DS Anwar mungkin telah siap sedia seperti arahan Pengarah Besar slot ini....so apa gunanya perbicaraan dalam perbicaraan dan masa,wang yang dibuang sebegini rupa atas alasan mencari keadilan..?sedangkan apa yang adilnya setakat ini..hinggakan mani 10lelaki ditemui..kes apa ini..?

Kes liwat Anwar: Mahkamah benar bicara dalam perbicaraan

March 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan peguam bela Karpal Singh untuk perbicaraan dalam perbicaraan berhubung penerimaan empat barang bukti yang diambil dari sel lokap, tempat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan selama satu malam.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada pihak pendakwa dan pembela hari ini.

Semalam, Karpal (gambar) membantah permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan supaya tuala, berus gigi, botol mineral dan sehelai rambut ditandakan sebagai barang bukti.

Isu itu dibangkitkan berikutan keterangan bekas Ketua Makmal Forensik PDRM Cheras Supt Hamidon Adnan bahawa beliau mengeluarkan empat barang bukti berkenaan (rambut, botol, tuala dan berus gigi) dari sel itu pada 17 Julai, 2008 atas permintaan pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails