saborr yop bukan di1malaysia tapi di 1Pakistan....kenapa ditembak..dan apa jaminan kejadian seumpama ini tidak akan merebak ke negara negara jiran..?
Taliban mengaku tembak mati menteri Kristian Pakistan
ISLAMABAD, 2 Mac – Kumpulan Taliban mengaku mereka bertanggungjawab ke atas pembunuhan seorang menteri Pakistan beragama Kristian awal hari ini.
Menteri Bagi Minoriti Shahbaz Bhatti ditembak mati di ibu negara Paksitan hari ini.
Bhatti sebelum ini meminta agar pindaan dibuat terhadap undang-undang penghinaan yang kontroversial.
Isu undang-undang penghinaan telah menjadi polemik sejak November lalu ekoran hukuman mati yang dikenakan ke atasi seorang ibu beragama Kristian beranak empat.
Pada 4 Januari lalu, gabenor di wilayah Punjab, Salman Taseer, yang membantah undang-undang itu dan memohon pengampunan presiden juga telah ditembak mati, oleh pengawal peribadinya.
Bhatti dilaporkan dalam perjalanan ke mesyuarat Kabinet keika penembak melepaskan serangan di kawasan penempatan.
Risalah yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan Tehrik-i-Taliban Punjab (TTP), cabang Taliban Pakistan di wilayah Punjab, ditemui di lokasi kejadian.
Jurucakap TTP, Ehsanullah Ahsan membuat panggilan telefon ke organisasi media mendakwa mereka bertanggungjawab ke atas kejadian itu. -- Reuters
No comments:
Post a Comment