BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, March 3, 2011

Bukti UMNO memang cilako Besar..

dia sendiri buat report selepas itu dia juga masuk paper meloya dan hentam kerajaan Negeri..roboh gerai melayu..memang dasar cilako besar..

KENYATAAN AKHBAR YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI


Tarikh : 16 Februari 2011

UMNO SENDIRI MINTA PENGUATKUASAAN TERHADAP
PREMIS PERNIAGAAN / PENJAJA TANPA LESEN
DAN BINAAN TAMBAHAN TANPA KELULUSAN
DI `LITTLE HADYAI’ DI TAMAN PELANGI


Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menjalankan penguatkuasaan
ke atas tempat perniagaan yang dikenali sebagai ’Little Hadyai’ di Taman
Pelangi tanpa memilih kasih. Penguatkuasaan ke atas ’Little Hadyai’
dijalankan terhadap premis perniagaan / penjaja tanpa lesen yang
dijalankan oleh warga tempatan dan warga asing. Pihak Majlis telah
menerima sebanyak 66 aduan berkenaan perkara tersebut sejak 2004
sehingga kini dan kebanyakannya ialah daripada penduduk tempatan dan
di Rumah Pangsa Kos Rendah di Taman Pelangi.

Saya ingin menjelaskan di sini bahawa bukan semua struktur gerai
di Taman Pelangi merupakan gerai Melayu. Bilangan gerai Melayu
yang dirobohkan premis mereka hanyalah 4 iaitu hanya 18% daripada
keseluruhan 22 gerai yang telah dirobohkan baik daripada pihak MPSP
ataupun dirobohkan sendiri oleh pemilik premis. Oleh itu tuduhan fitnah
oleh pihak tertentu yang mengatakan semua pemilik gerai adalah Melayu
adalah tidak benar sama sekali.

Di antara aduan daripada penduduk terhadap ’Little Hadyai’ adalah
berkaitan dengan keselamatan awam dan juga berlakunya kegiatan
maksiat. Perlu diingatkan bahawa kebanyakan penduduk Rumah Pangsa
Taman Pelangi terdiri daripada keluarga Melayu. Keadaan ini telah
menimbulkan rasa kurang senang dan jelik di kalangan penduduk di situ
terutamanya kepada kanak- kanak akibat perbuatan tidak sihat sebahagian
mereka ini. Malah UMNO Bahagian Batu Kawan sendiri pernah membuat
aduan terhadap masalah ini kepada pihak MPSP.

Hasil daripada aduan yang diterima, pihak MPSP telah mengadakan
beberapa siri perbincangan dan mesyuarat bagi tindakan penguatkuasaan.

Selain itu, tindakan susulan yang diambil adalah dengan mengeluarkan 22
Notis Binaan Tanpa Kebenaran pada 26 Oktober 2010 yang lalu kepada
peniaga Melayu (4), Cina (3), India (1), Indonesia (7), Lain-lain negara (7).

Sementara bagi Penjaja Tanpa Kebenaran pula, pihak Majlis turut
mengambil tindakan dengan mengeluarkan Notis Penjaja Tanpa
Kebenaran kepada 12 peniaga yang terlibat pada 7 Oktober 2010.

Daripada tindakan penguatkuasaan adalah jelas bahawa sebahagian
besar daripada penjaja adalah warga asing (14 daripada 22). Bakinya pula
terdiri daripada warga tempatan yang mendirikan premis tanpa kebenaran
dan ada kaitan dengan warga asing.

Operasi penguatkuasaan di ‘Little Hadyai’ Taman Pelangi melibatkan
pelbagai kesalahan yang dilakukan meliputi binaan tanpa kebenaran,
penjaja tanpa kebenaran, pendatang asing tanpa izin yang disertai oleh
Jabatan-jabatan Dalaman MPSP bersama agensi lain termasuk Jabatan
Imigresen, Suruhanjaya Pencegah Rasuah, Polis DiRaja Malaysia,
Tenaga Nasional Berhad dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.
Operasi meruntuh dirancang secara berperingkat mengikut fasa yang telah
dibahagikan kepada beberapa fasa.

Bagi fasa pertama, operasi dijadualkan pada 7 - 11 Februari 2011 yang
melibatkan binaan tanpa kebenaran di sekitar blok R,S,T,U,V dan W dan
diteruskan dengan operasi memindahkan halangan penjaja di sekitar
Taman Pelangi. Walau bagaimanapun, tempoh operasi telah dipendekkan
sehingga 9 Februari 2011 kerana sebahagian besar pemunya binaan
meruntuh sendiri binaan masing-masing.

Tindakan penguatkuasaan yang diambil mengikut komposisi kaum adalah
seperti berikut ;

Binaan Tanpa Kebenaran Yang Diroboh oleh MPSP

Melayu

Cina

India

Indonesia

Tidak Diketahui

3

3

1

2

1



Binaan Tanpa Kebenaran Yang Diruntuhkan Sendiri

Melayu

Cina

India

Indonesia

Tidak diketahui

1

0

0

5

6



Tuan Haji Mokhtar, YDP MPSP

1 comment:

otaklunyai said...

Cillako, celanat....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails