sekali baca nampak sangat subjek Utama adalah Kerajaan Pakatan Rakyat...tapi sebenarnya..salah sendiri dan Pihak kerajaan masih mahu bertanggung Jawab..siasat punya siasat tahule siapa dalangnya.. ?
jangan jangan selepas ini siapa sicilaka itu terbongkar..terduduk siPengampu dan Penjilat..hi hi..dah 54 tahun dah oooi..
Pembeli hantar memorandum desak campurtangan
Tarikh : November 10, 2011
SHAH ALAM - Satu memorandum mendesak Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid campurtangan dalam isu 686 pembeli didakwa ditipu oleh pegawai khas menteri besar, di hantar semalam.
Pengerusi Gabungan Angkatan Pembela Anak Selangor (Gapas), Mohamed Durrany Izam berkata, pihaknya mahu Kerajaan Negeri bertanggungjawab dalam isu ini, termasuk membayar semula wang deposit sebanyak RM 2100 yang telah diberikan kepada pegawai terbabit.
Menurutnya, kesemua pembeli yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah berasa kecewa kerana ditipu oleh oleh pegawai yang didakwa bertugas dengan Kerajaan Negeri.
"Kami mendesak agar hak kesemua pembeli dibela termasuk ditawarkan untuk membeli rumah murah menerusi Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) mengikut skim yang dijanjikan kepada kami.
"Sebagai pilihan terakhir, jikalau LPHS gagal, Kerajaan Negeri wajib bertanggungjawab dengan memulangkan wang deposit yang telah kami bayar," katanya kepada media, semalam.
Memorandum tersebut dihantar oleh 20 pembeli kepada pegawai Pejabat Menteri Besar, di perkarangan Bangunan SUK.
Sebelum ini, hampir 30 pembeli berkumpul di salah satu lokasi rumah kos rendah yang dijanjikan di Bandar Botanic, Klang bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Lokasi lain rumah kos rendah tersebut adalah di Taman Selayang Mulia, Cheras dan Balakong.
Durrany berkata, kesemua pembeli tertarik dengan tawaran dikemukakan lelaki tersebut dan membuat bayaran pendahuluan sejak 2009 kepada ejen itu bagi mendapatkan rumah flat bernilai RM42,000 itu.
"Lelaki tersebut yang mendakwa kononnya pegawai khas Menteri Besar berjaya memperdayakan menerusi penyalahgunaan kepala surat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Pejabat Menteri Besar Selangor," katanya.
Seorang pembeli, Hasnah Hassan, 51, mendakwa dia tertarik dengan tawaran itu kerana hanya perlu membuat pembayaran deposit sebanyak lima peratus bagi mendapatkan rumah sewa beli itu dan wang pendahuluan dijelaskan tetapi dia masih belum dapat menduduki rumah tersebutCERITA PEMERENTAH:
Kerajaan Negeri Tidak Pernah Lantik Agen Untuk Rumah Kos Rendah. Oleh Naeem Raffi
10/11/2011
SHAH ALAM,10 NOV : Orang ramai yang ingin membeli rumah kos rendah dari Kerajaan Selangor diingatkan supaya berwaspada kepada pihak yang menyamar sebagai agen pembelian.
Ini kerana kerajaan tidak pernah melantik agen pembelian manakala permohonan bagi rumah-rumah tersebut boleh dibuat terus kepada Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dengan membayar hanya RM2 untuk borang.
Di dalam kes terkini, seramai 686 individu telah ditipu oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen pembelian.
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak Kerajaan negeri tidak pernah melantik mana-mana agen bagi menguruskan pembelian rumah kos rendah," kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.
"Diingatkan juga bahawa tiada bayaran muka atau deposit untuk mendapatkan borang atau rumah, borang permohonan itu sebenarnya hanya boleh dibeli dengan harga RM2 sahaja, merujuk kepada laporan ini (laporan polis) ada pihak yang menadakwa mereka membeli borang dengan harga sehingga RM200."
Hari ini, satu memorandum diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar berhubung nasib 686 pembeli rumah kos rendah yang mendakwa diri mereka dianiayai oleh pihak ketiga.
Difahamkan, para pembeli ini ditawarkan unit rumah kos rendah bernilai RM 42 ribu dengan pembayaran deposit 5 peratus atau RM2,100 dan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM297 sebulan tanpa faedah.
Mengulas lanjut Iskandar turut mendedahkan bahawa Lembaga Perumahan Hartanah Selangor telah membuat empat laporan polis berhubung tindakan pihak ketiga yang mengutip bayaran deposit untuk memohon rumah kos tersebut.
"Laporan Polis dibuat daripada 14 Oktober 2010 hingga 5 Oktober 2011 berhubung dengan kegiatan orang tengah yang mengambil RM 2500 sebagai deposit. Saya nafikan pihak Pakatan Rakyat terbabit dalam hal ini.
"Kes ini berpanjangan kerana tak ramai tampil ke depan untuk buat laporan polis kerana mereka turut rasa bersalah kerana beri rasuah untuk dapat rumah," kata beliau dalam sidang media selepas tamat persidangan DUN hari ini.
Beliau berharap selepas selesai persidangan DUN kali ini, beliau dapat bertemu para pembeli berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
Menerusi satu kenyataan media, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli-pembeli Rumah Kos Rendah, Mohamed Durrany Izam mendakwa kesemua pembeli rumah kos rendah itu menemui seorang pemimpin parti yang dikenali sebagai Yatim Datuk Abu Bakar.
Memorandum berkenaan diserahkan kira-kira jam 4 petang tadi kepada pegawai khas Menteri Besar Selangor, Noramin Ahmad
No comments:
Post a Comment