BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, November 1, 2011

Mana DEWAN..?

Yang dimohon bukan DEWAN UMNO tapi DEWAN ORANG RAMAI...permohonan dah lulus ,peruntukkan dah dapat tapi sayang tidak mencukupi atau kelulusan tidak sama seperti yg disalurkan..?kena tanya YB BN Datuk Rosli,tapi almaklum ajele..sekarang ini pun dia terlalu sibuk hingga kekadang dia terlupa yang diitu wakil rakyat DUN Trong..hinggakan banner banner dia banyak naik seluruh Changkat jering dan kuala sepetang dan ditrong jarang jarang..dah tak berminat nak jadi ADUN atau nak UPGrade jadi MP..kalau nak jadi MP apa kelulusan nya..setakat cikgu sek rendah aje dulu..lebai dan jubah nak tiru gaya ust bukan boleh buka kitab sekadar kaburi mata masyarakat dan solat jenazah...

Penduduk Temerlok rayu siapkan dewan orang ramai

kosmo.com.my

PENDUDUK menunjukkan tapak dewan orang ramai yang masih belum siap di Kampung Temerlok, Bukit Gantang, Taiping semalam.


TAIPING – Lantai sudah bersimen manakala pentas sudah siap tetapi bangunan masih berbumbungkan langit.

Itulah keadaan dewan orang ramai Kampung Temerlok, Bukit Gantang di sini yang menjadi satu-satunya lokasi penduduk kampung beriadah dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Kampung yang mempunyai lebih 900 penduduk daripada 160 keluarga itu merayu pihak berwajib membantu menyegerakan pembinaan dewan berkenaan.

Ketua masyarakat di situ, Gooh Swee Kong (gambar) berkata, sejak sekian lama, semua aktiviti hanya dapat dibuat di sebuah tokong di situ selain dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Hua yang terletak bersebelahan tapak dewan terbabit.

“Sebelum ini, kami memohon sebuah dewan tetapi peruntukan yang diterima berjumlah RM70,000 hanya cukup-cukup untuk tujuan membina lantai dan pentas,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails