BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, November 21, 2011

KHIK KHIK eloknya Mahkamah benarkan Rakyat Melihat..tapi..

ELOKNYA MAHKAMAH BENARKAN RAKYAT MELIHAT PERJANJIAN ITU..TAPI SEBELUM ITU KENA BERHATI HATI..ADA BANYAK LAGI DOKUMEN KERAJAAN PUSAT YANG AKAN DITUNTUT RAKYAT UTK MELIHAT..apa isi Kandungnya..yang mana sebelum ini kalau ditanya aje akan dikaitka OSA...

Empat lelaki tuntut lihat perjanjian projek sPICE
Nov 21, 2011
Empat lelaki memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pemaju, Eco Meridian Sdn Bhd berhubung projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE) di Relau.

Keempat-empat mereka yang mendakwa sebagai mewakili semua pembayar cukai di negeri itu, - Khoo Yen Her, Abdul Manan Abdul Manap, Sathiasilan Krishnan dari Bayan Baru dan Rama Krishnan Rajagopal dari Farlim - menuntut untuk melihat perjanjian yang dimeterai itu.

NONEPerjanjian itu bagi membina projek kontroversi berkenaan yang ditandatangani oleh MPPP bersama Eco Meridian, sebuah anak syarikat pemaju hartanah yang dikaitkan dengan Umno, SP Setia Bhd

Keempat-empat mereka juga mahu Mahkamah Tinggi mengisytiharkan perjanjian berkenaan sebagai batal dan tidak sah.

Menurut peguam mereka, Thayalan Muniandy, semua anak guamnya itu mahu mencabar kesahihan perjanjian antara pihak-pihak yang terbabit.

"Kami telah minta salinan perjanjian daripada MPPP, tetapi diberitahu bahawa ia tidak mempunyai locus standi bagi memberikan dokumen-dokumen itu kepada kami.

"Ini adalah memalukan, terutamanya di Pulau Pinang yang sepatutnya mempunyai Akta Kebebasan Maklumat," ," kata Thayalan di luar mahkamah.

Menurut Thayalan, berdasarkan laporan akhbar, ia kelihatan seolah-olah kerajaan negeri telah ‘meramapas’ autonomi MPPP.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails