BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, November 27, 2011

Dey Macha Hindraf..lu orang ada akaike..?

INI PASAL LE ORANG MARAH LUORANG..JANGAN JADI "BODOH MACAM UMNO"Mahu cakap kasi tengok mana betul mana takde betol...ada kah patut luorang mau ugut kerjaan kalau dah Kuil duduk atas jalan..takde lain tempat ke..?"JANGAN DENGAR IDEA UMNO"NANTI BODOH SAMPAI KE TUA.....kasi ada harga diri sikit


cerita sebelum ini klik disini

Kuil Yang Dirobohkan Dibina Atas Rezab Jalan


JOHOR BAHRU, 26 NOV : Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf kuil Sri Muneswarar sebagai rumah ibadat rasmi kerana pembinaannya terletak diatas rezab jalan.
Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata Kerajaan Negeri telah melakukan beberapa sesi perbincangan dengan penganut hindu yang mengunakan rumah ibadat tersebut.
"Dua tahun kita sudah berbincang perkara ini dengan pengerusi kuil, mereka sedia maklum (status kuil) yang mana ia dibina diatas rezab tanah di jalan besar.
"Kita juga ada simpanan surat persetujuan daripada pengerusi kuil tersebut bahawa mereka bersetuju untuk beredar dari lokasi itu, sudah dua tahun kita bagi tempoh untuk mereka bertindak," kata beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Tempatan.
Xavier berkata demikian ketika ditemui TVSelangor selepas Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.
Xavier berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan surat kepada pengerusi kuil tersebut untuk pindah dan mereka dilarang membuat pembinaan baru.
Semalam, laporan media mendakwa kerajaan negeri telah merobohkan sebahagian bangunan kuil tersebut yang penganutnya berkata berusia 25 tahun.
Ekoran dari kejadian itu, penganut di kawasan itu mengesa kerajaan negeri menjelaskan tindakan tersebut atau menghadapi protes.
Mereka juga meminta kerajaan negeri memberikan hak milik tanah di lokasi kuil Sri Muneswarar di Persiaran Kerjaya yang seluas satu ekar.
Xavier berkata beliau akan membuat laporan lanjut serta mengadakan perjumpaan dengan pentadbiran kuil itu beliau kembali ke Selangor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails