BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, November 2, 2011

Koman sangat ke 1Malaysia ini...

Laaaaa kenapa Koman sngat niiii..sampaikan macam dah takde orang lain yg nak dijadikan senator diangkutnya siNalla...adoh adoh..apa pasal ini..takkan sebab di anti
Anwar dia diberi jawatan setaraf dengan Menteri...

Apa jasa Nalla kepada negara, kaum India
| Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) difahamkan bahawa Datuk K S Nallakaruppan dilantik sebagai senator dan dijadualkan mengangkat sumpah esok di Dewan Negara.

“Mipas ingin mempersoalkan adakah ia suatu majlis yang harus dibanggakan?” soal setiausaha agungnya, Barathidasan Saminathan (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, Nalla menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (Miup) setelah keluar daripada PKR, malangnya Miup tidak menyertai pilihan raya umum ke-12 kerana ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja.

Selain itu, ujarnya Miup bukanlah sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.

“Mipas ingin bertanya apakah sumbangan Datuk Nalla untuk masyarakat India dan negara?

“Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?” soalnya lagi.

Beliau juga mempersoalkan apakah sumbangan Nalla terhadap pembangunan negara dan isu-isu semasa seperti masalah setinggan, peluang perniagaan, pembelajaran, novel Interlok, perjuangan penduduk Ladang Bukit Jalil untuk mendapatkan tanah seluas 4 ekar, kempen sejarah sebenar dan banyak lagi isu-isu semasa masyarakat India yang harus ditangani.

Bagi Mipas, katanya Nallakaruppan hanyalah merupakan bekas ‘rakan tenis’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Adakah untuk itu beliau dilantik sebagai senator?” soalnya lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails