Baca cerita sebelum ini ...dikawasan aku UMNO makan Melayu Umno..
Lim: Pemaju Umno robohkan rumah Melayu
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri pernah merobohkan rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.Lim: Pemaju Umno robohkan rumah Melayu
Sebaliknya, dakwa beliau pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di sekitar Pantai Jerjak, Bayan Lepas.
Lim pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, semalam berkata fitnah itu sengaja ditaburkan oleh pihak pembangkang Pulau Pinang bagi menggambarkan seolah-olah kerjaaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajuinya adalah ‘anti-Melayu’.
"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.
"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan,” katanya dipetik siaran TV Selangor.
Menurut Lim, kerajaan negeri pimpinan Pakatan berpendapat, tindakan merobohkan rumah tanpa pampasan tidak wajar dilakukan oleh sesebuah pemaju yang diterajui oleh pemimpin Umno terutamanya rumah berkenaan dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.
"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa diberikan pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.
Menurut Lim, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan khususnya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.
"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa, tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno(dajjal sebenar). Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.
"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung Melayu adalah Umno dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.
No comments:
Post a Comment