BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, November 25, 2011

Macam macam le di1Malaysia ini

sebab Point tak cukup atau Point tambahan segera dihulur..?luorang aje tau..ini semua kerja kerja yang UMNOBN cukup suka ..takcaya tanya depa..geng sat ada sat takde..

Trofi Lagu Terbaik AIM Yuna ditarik balik

24 Nov – Belum pernah berlaku dalam sejarah industri muzik tempatan apabila trofi Anugerah Industri Muzik (AIM) yang dimenangi ditarik balik. Namun itulah yang berlaku kepada penulis lagu dan penyanyi wanita popular yang sedang menempa nama di Amerika Syarikat, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang mengesahkan menerusi akaun Twitternya semalam bahawa trofi Lagu Terbaik yang dimenanginya di AIM ke-18 dua minggu lalu akan ditarik balik.


Memenangi trofi tersebut menerusi lagu "Penakut", penyanyi berusia 25 tahun ini walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebalinya meminta semua persoalan diajukan kepada penganjur iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia.
Turut dipetik daripada Gua, Yuna memberitahu dia mengharapkan penjelasan kukuh diberikan bukan sahaja kepada dirinya, sebaliknya kepada peminat muzik tempatan, semua penggiat industri muzik termasuk penyanyi, komposer, penulis lirik, jurutera bunyi dan sebagainya.
"Apa yang diberitahu kepada saya, berlakunya kesilapan dalam pengiraan. Saya faham manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Namun ini adalah kesilapan yang agak besar dan kami menuntut penjelasan," ujar Yuna.
Lagu "Penakut" diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Terbaik tanpa disenaraikan sebagai lima calon akhir. Malah ia kecundang dalam kategori Lagu Pop Terbaik kepada lagu "Sedetik Lebih" nyanyian Anuar Zain. Difahamkan pemenang sebenar Lagu Terbaik adalah "Sedetik Lebih" ciptaan Edry Abdul Halim.
Satu sidang media khas akan diadakan petang ini bagi memberi penjelasan tentang isu tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails