BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, November 15, 2011

Pimpinan seronok dengan Nama Haji...Rakyat..?

ADA RAKYAT 1MALAYSIA DAH BERTAHUN MENUNGGU GILIRAN UTK KE MEKAH..TAPI DILUAR SANA PIMPINAN ATAS ALASAN HAJI SERONOK GILER NAIK JET PERIBADI KAWAN DAN ALASAN MENJEMPUT BINI DARI MEKAH..ADOH ADOH..KAU INI PEMIMPIN ATAU JUTAWAN 1MALAYSIA..?TAMBAHAN LAGI KOTA HAJI UTK MENTERI DAN PIMPINAN TINGGI NAK BUAT APA ,SEMUANYA DIJUAL DAN BUAT DUIT LE DEPA...PERUNTUKKAN KOTA HAJI UTK PIMPINAN ATAS SAMPAI PULUHAN TEMPAT DIA BUAT APA KALAU TAK MENJUALNYA..?

Zahid mengaku ke Saudi naik jet peribadi, nafi miliknya




KUALA LUMPUR, 15 Nov — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau telah pergi ke Arab Saudi baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan menaiki sebuah jet peribadi tetapi menegaskan pesawat itu adalah milik kawannya.

Naib Presiden Umno itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi itu kepunyaan beliau.

“Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji,” kata beliau (gambar) dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: “Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?”

Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.

Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.

Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi.

Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.

“Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?

“Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?” kata dakwaan itu.

Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama “Tuan Sheikh Rozi”.

Bagaimanapun Zahid tidak menyebut nama rakan beliau memiliki jet peribadi itu dalam responsnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails