BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, November 13, 2011

Pandai sangat ke cakap org Putih tu..?

Tak nampak muka Melayu atau Mamak Pekasam pun turut serta..kenapa..?tak mau ikut serta ke..?Tapi pada akai manusia..mempelajari sesuatu dengan mudah adalah dengan bahasa ibunda nya..?ada sesiapa nak pertikai ini..Bahasa inggeris bukan hebat tara mana Pun.Nak sebut "lusa" pun takdah satu perkataan Khusus..apa yg nak hebat sangat..tambah lagi nak sebut "Beli Kondo kerana Lembu" Takkan nak sebut:Buy condo because off cow..hi hi..ada akai fikir fikirkan..wahai Melayu yg mahukan terus PPSMI..
Perhimpunan aman sokong PPSMI

Satu perhimpunan secara aman berlangsung pagi ini bagi menyokong perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

ppsmi demo in melakaPerhimpunan yang bermula pada jam 8 pagi itu diadakan di perkarangan Stadium Tun Fatimah di Bukit Serindit, Melaka.

Mereka yang menyertai perhimpunan itu terdiri daripada pelbagai bangsa itu, dengan diketuai oleh penganjurnya, Mak Chee Kin yang turut merasakan perlaksanaan PPSMI patut diteruskan dan bukannya sehingga tahun 2006 sahaja.

"Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin kerana menangguhkan perlaksanaan (pengajaran sains dan matematik) dalam Bahasa Malaysia untuk beberapa tahun lagi.

pro ppsmi memo in melaka"Kita bukan anti-kerajaan, kita bukan anti bahasa Malaysia tapi kita cuma nak yang terbaik untuk anak-anak kita.

"Seperti yang kita lihat sambutan daripada pihak ibu bapa amat memuaskan walaupun hujan lebat, namun mereka tetap datang," katanya.

ppsmi demo in melaka 3Bercakap kepada pemberita, Mak menganggarkan hampir 1,000 orang menghadiri perhimpunan pagi ini.

"Mesej kita kepada kerajaan agar buat yang terbaik untuk anak-anak kita.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana telah memberikan peluang ini untuk kami mengadakan perhimpunan secara aman," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails