BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, November 30, 2011

Kenalan yang patah hati...

Petang semalam..selasa 29hb nov.
Sedang ku minum digerai, disapa seorang kenalan yg ku kenali,biasa menjadi Ahli Pas dicawangan aku,tetapi bekerjasama dgn PKR tempatan semasa PRU12.dan semakin Jauh dengan PAS sejak aktiv bersama dengan PKR.
kn:Yop lama tak jumpa buat apa sekarang.
ak:takde pe mungkin nak buat bisness kecil kecilan
kn: apa cerita sekarang,changkat Jering siapa tanding
ak:entahle mungkin PAS kut,sebab PKR mana ada .
kn:itu le aku memang sokong kalau PAS yg tanding,hang tau tak kalau le PKR letak calon habuk pun takde akhirnya akan bungkus,siapa nak buat kerja siapa nak undi dia.
ak:dah kut mungkin PAS,sebab PAS ada petugas ,ada markas,ada kemampuan menghadapi UMNO changkat Jering,kenapa PKR tamak sgt nak kan kerusi CJ sedangakan mereka tak berkampuan ,lagi pun dah ada penghianat dari PKR selepas PRU12 mana rakyat mau sokong dia lagi.
kn:itu le masaalahnya aku dalam mesyuarat lama dulu aku dah cakap dan bertegas berikan CJ pada pas sebab mereka memang mampu,tapi ada segelintir dari mereka mengeras mahukan CJ dan disebut mad nor manutty akan diletakkan,hang dengar le cakap cakap aku PKR kalau letak sapa pun akan bungkus,kecuali dia letak Anwar,sejak dari mesyuarat itu aku dipandang hina aku dianggap sebagai pembelot,akhirnya aku pun naik malas bersama mereka sekarang aku dah malas le g meeting atau campur dgn mereka ,aku aku seorang ,bini dan anak anak aku semua tak mau campur,aritu ada anak aku g tau abah g join PAS,aku jawab aku memang dah ahli pas lama dah tanya sirun,
kn:hang tau masa arahan bawa lari YB masa sibuk sibuk nak jatuh,akule driver dia bawa dia merata..hingga setiap kali phone berbunyi ditawarkan 1,2,3,4,5 juta,aku nasihatkan dia CAP jangan ingat pada Allah,ingat pada rakyat yg memberi UNDI pada CAP atas tiket PKR jangan nanti Rakyat sumpah CAP.tapi kan sebenarnya CAP itu ok yang dajjainya geng bersama dia mereka yg hasut dia utk terima,ish ish,aku kalau nak kaya kalau ingat dunia aje dah lama bersogonkol dgn dia tapi aku ingat akhirat.
kn lagi:selepas ini kalau PKR sini masih tak mau ubah dan masih dgn sikap lama mereka aku takkan sekali kali membantu mereka dalam mana mana PRU atau PRK..lantak kat mereka ,lebih baik aku bersama PAS dah pulak aku memang ahli PAS.
ak:dalam hati aje...(eloknya kau terus macam ini aje dah pulak ahli pasnya yuran tak pernah bayar..hi hi hi).
selepas itu aku pun keluar ada hal terus hulurkan tangan kat dia dan jumpa lagi dilain kali..


Tuesday, November 29, 2011

wanita Bogel..nasib baik teman..!




dibuatnya yg bogel tu ..Lembu..kacau YOP....diberak merata rata takkan nak tunggu siMenteri utk bersihkan nya yop...tul tak...dunia semakin haru..manusia berbogel Lembu berpakaian.Manusia diPondok Lembu di Kondo..haruuu

Seorang wanita muda yang berbogel dilihat berjalan sepanjang jalan yang 
sesak di Queen's Road Central pada pukul 6:00 petang selama kira-kira 10 minit sebelum dia diberkas ke dalam sebuah kereta peronda Polis.


Oriental Daily melaporkan, pada mulanya, wanita berusia 23 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Miss Li dilihat sedang berbual dengan ayahnya melalui sebuah telefon bimbit di depan sebuah pusat hiburan.

Dia kemudiannya menjadi gelisah dan terus menghempas telefon yang dipegangnya ke arah lantai.

Dia bertindak lebih ganas selepas itu apabila menyerang seorang wanita yang sedang mengedarkan risalah iklan berhampiran dengan menghentak kepala wanita itu ke dinding.

Wanita yang diserang itu menjerit-jerit meminta pertolongan.

Hal itu menarik perhatian beberapa pengawal keselamatan di bangunan berhampiran. Mereka bergegas untuk menghentikan tindakan Miss Li sertamenghubungi polis.

Sebaik sahaja Miss Li mendengar polis sudah dihubungi, reaksinya mula berubahdan dia mula menanggalkan pakaiannya satu persatu dari baju, bra, jeans dan seluar dalam serta kasut dan stokin yang dipakainya.

Dia dilihat mencampakkan semua pakaiannya di tepi jalan, dan terus berjalan ke arah pawagam berhampiran.

Tindakannya itu membuatkan orang ramai yang melalui kawasan itu memberhentikan kenderaan untuk menyaksikan tindakannya itu.

Monday, November 28, 2011

Bahaya YOP..Isteri dah tak kenai Suami..

Taukehnya suami..yang desak atau guna power utk lulus peruntukkan dah tentu siIsteri sebab suami punya projek..akhirnya mengaku takde kaitan dgn Projek Suami..kacau kacau dibuatnya..Otak Lembu sedap dimasak Kunyit..tapi kalau dah otak manusia fikiaq macam Lembu tak guna seduit Yopppp...

Shahrizat: Saya tiada kaitan dengan projek lembu
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

azlanJusteru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

azlanLaporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat.

Bukan setakat disana..hampir semua tempat macam inilah masalahnya

DAH SELALU SANGAT..PENERIMA BANTUAN MENGHADAPI MASAALAH YANG SAMA DIMANA MANA..SAMPAI KENA TUNGGU MASUK MEDIA ATAU CAMPUR TANGAN AHLI POLITIK BARU BOLEH SETTLE..DAN ALASANNYA STANDRAD 1MALAYSIA..TEKNIKAL DUIT TAK SAMPAI LAGI..APA CERITA PIMPINAN DOK BERULIT DGN WANG RAKYAT..?ADA PULAK DUITNYA..?SAMPAI DUIT LEMBU DIBELI KONDO PUN BUAT BUAT TAK NAMPAK ,YANG SEDIHNYA ADA MANUSIA YG MENGAKU CERDIK PANDAI BELA DAN SETUJU DGN TINDAKAN MACAM ITU..!AWAT DEPA INI TAKUT SGT KAT LEMBU KE..?

JKM lunas bayaran 15 ibu tunggal

SHAH ALAM – Seramai 15 ibu tunggal dari Taman Gombak Permai, Gombak dekat sini boleh menarik nafas lega apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor berjanji akan membayar balik baki wang bantuan kepada mereka dalam masa terdekat.
Pengarahnya, Nik Omar Abd. Rahman berkata, kekurangan kadar bayaran kepada penerima bantuan terbabit sejak Oktober lalu disebabkan masalah teknikal.
Menurutnya, kesemua ibu tunggal tersebut sepatutnya diberikan bantuan sebanyak RM110 namun mereka hanya menerima bantuan RM30.
“Akhir bulan ini atau awal bulan depan, mereka akan mendapat balik baki bantuan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sunday, November 27, 2011

Kalau Pemuja kena TAUBAT..apa cerita..?

KALAU PEMUJA KENA TAUBAT APA CERITA SIPEMEBERI KEBENARAAN UNTUK MENJUAL NOMBOR EKOR..?KENA TAUBAT ATAU HANYA TAHU BUAT DUIT..?APA KATA PENGERUSI PEGAWAI SYARAK MELAKA YANG NEGERINYA ADA 1PUSAT KHAS UNTUK MELAHIRKAN ANAK ANAK HARAM..?Jangan hanya pandai keluarkan pendapat bila babitkan rakyat yang Pimpinan dok atas haru birudibiarkan..!

Pemuja nombor ekor kena taubat


ALOR GAJAH: Umat Islam yang terbabit dalam amalan pemujaan nombor ekor bukan saja jahil dan tamak untuk mengejar kekayaan, malah jauh terpesong daripada agama Islam dan perlu segera bertaubat.
Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Abu Khir Jamaluddin berkata, kebanyakan pengikut yang melakukan pemujaan berkenaan juga terlalu taksub kononnya seseorang pengamal nombor ramalan mampu memberi nombor ekor dikehendaki tanpa mengetahui sebenarnya mereka ditipu.

Menurutnya, pihak terbabit perlu sedar perbuatan seumpama itu dilarang keras dan bertentangan dengan syariat Islam.
“Saya berpendapat, dalam hati mereka yang melakukan pemujaan nombor ekor masih ada sifat angkuh ingin cepat kaya hingga sanggup menyesatkan diri mereka dengan menyembah colok sebagai alat memohon sesuatu yang ditegah agama,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai segelintir warga emas beragama Islam sanggup meredah laluan berselut tanah merah di kawasan ladang kelapa sawit sejauh 2.5 kilometer semata-mata bagi mendapatkan nombor bertuah melalui pemujaan di sebuah tokong lama di Lubok China, Alor Gajah, di sini.

Katanya, kebanyakan pengamal nombor ekor haram terbabit berselindung di sebalik lagak alim dan rajin beribadat namun pada masa sama ada niat melakukan perkara khurafat ditegah agama Islam.
“Saya malu bila membaca berita ada segelintir lelaki beragama Islam sanggup datang jauh semata-mata mengikut kehendak hati mahu cepat kaya, sedangkan mereka tahu perbuatan itu sesat lagi menyesatkan.

“Golongan ini mudah menghidu di mana ada unsur yang boleh dipuja untuk mendapatkan nombor ramalan tanpa menghiraukan kesedaran di dalam diri mereka asalkan apa yang mereka hajati tercapai.
“Malah, segelintir daripada mereka sanggup memuja kubur lama yang dianggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi memuja nombor ekor, namun mereka lupa kubur yang dianggap keramat itu tidak dapat membantu mereka,” katanya.

Abu Khir berkata, orang Islam wajib mempercayai mereka hanya boleh meminta pertolongan daripada Allah SWT semata-mata dan wajar segera bertaubat dan berhenti melakukan amalan ditegah agama.

Dey Macha Hindraf..lu orang ada akaike..?

INI PASAL LE ORANG MARAH LUORANG..JANGAN JADI "BODOH MACAM UMNO"Mahu cakap kasi tengok mana betul mana takde betol...ada kah patut luorang mau ugut kerjaan kalau dah Kuil duduk atas jalan..takde lain tempat ke..?"JANGAN DENGAR IDEA UMNO"NANTI BODOH SAMPAI KE TUA.....kasi ada harga diri sikit


cerita sebelum ini klik disini

Kuil Yang Dirobohkan Dibina Atas Rezab Jalan


JOHOR BAHRU, 26 NOV : Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf kuil Sri Muneswarar sebagai rumah ibadat rasmi kerana pembinaannya terletak diatas rezab jalan.
Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata Kerajaan Negeri telah melakukan beberapa sesi perbincangan dengan penganut hindu yang mengunakan rumah ibadat tersebut.
"Dua tahun kita sudah berbincang perkara ini dengan pengerusi kuil, mereka sedia maklum (status kuil) yang mana ia dibina diatas rezab tanah di jalan besar.
"Kita juga ada simpanan surat persetujuan daripada pengerusi kuil tersebut bahawa mereka bersetuju untuk beredar dari lokasi itu, sudah dua tahun kita bagi tempoh untuk mereka bertindak," kata beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Tempatan.
Xavier berkata demikian ketika ditemui TVSelangor selepas Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.
Xavier berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan surat kepada pengerusi kuil tersebut untuk pindah dan mereka dilarang membuat pembinaan baru.
Semalam, laporan media mendakwa kerajaan negeri telah merobohkan sebahagian bangunan kuil tersebut yang penganutnya berkata berusia 25 tahun.
Ekoran dari kejadian itu, penganut di kawasan itu mengesa kerajaan negeri menjelaskan tindakan tersebut atau menghadapi protes.
Mereka juga meminta kerajaan negeri memberikan hak milik tanah di lokasi kuil Sri Muneswarar di Persiaran Kerjaya yang seluas satu ekar.
Xavier berkata beliau akan membuat laporan lanjut serta mengadakan perjumpaan dengan pentadbiran kuil itu beliau kembali ke Selangor.

Hebat lagi Kera Jaan BN..!

wifi BN sampai orang asli didun Galas terpinga pinga hingga sekarang,dok mencari pebenda wifi percuma yg diumumkan menteri Terang BN itu..? dah siap pasang ke atau hanya janji...tunggu rokok sebatang habis(bila nak habis menyala rokok dah lagi)

Wi-fi Percuma di Selangor Mulai Tahun Depan

JOHOR BAHRU, 27 NOV: Langkah Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik.
Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif.
"Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN," katanya.
Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.
Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.
Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi.
"Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara," katanya.
Dibawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan.

Saturday, November 26, 2011

Moooow......Punya pasal..semua jadi haru biru/















25hb nov 2011.Ceramah malam tadi diDun Trong.
Ds Nizar terangkan bagaimana APCO menasihati UMNOBN untuk membawa satu isu besar yang dapat meneggelamkan Isu 'LEMBU" jika gagal tangani isu Moooouw ini UMNOBN akan jatuh tersungkur diPRU13 nanti.
ATAS Nasihat APCO ini Najib and the Geng secara tergegesa bentang RUU(Rang Undang Undang Perhimpunan Aman..Walau pun dalam agenda tidak ujud isu RUU tapi Hj Najib dgn tergegesa ,mahu juga bentangkan supaya dapat dicover kembali Isu Lembu yang sedang meratah Kaum Puak UMNO ketika ini...
DSN juga memberitahu para hadiran keadaan Parlimen dan hampir tiada sokong dari YB BN itu sendiri bila YB PR bahas atau bicara isu Lembu dan Taukeh Lembu atau Ibu Lembu pun dah lama tidak datang ke Parlimen Mungkin kerana malu atau tidak tahan dengan asakan PR..
TAPI APA PUN KALAU DAH SEKALI LEMBU TETAP LEMBU...

Tangok nanti..dimana Perkasa dan segeng dgn mereka..?

Tapi puak India ini tak habis habis dgn Isu Isu Tokong..naik poning maaa..ada pokok besar semua dijadikan kuil pacak besi tiga line nanti mereka tuntut hak sebagai Kuil..tapi apa pun kalau jadi demo protes kita tengok apa tindakan pejuang melayu,pejuang bangsa dan dimana mereka sewaktu itu..?hi hi hi hi..sekali pandang dah tau siapa dibelakang punggok HRP..
HRP ancam demo untuk kuil runtuh

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta menjelaskan tindakan kerajaan negeri merobohkan sebuah kuil 25 tahun di Shah Alam atau bakal menghadapi protes.
"Kami tiada pilihan. Tiada pihak yang mempertimbangkan keadaan kami," kami exco pusat Parti Hak Asasi Manusia (HRP) S Thiagarajan.
NONEBeliau juga meminta kerajaan memberikan hak milik tanah di lokasi kuil Sri Muneswarar di Persiaran Kerjaya yang seluas satu ekar supaya keadaan itu tidak berulang lagi.
Menurut jawatankuasa kuil  A Manamohan, dalam kejadian tengah hari semalam, kira-kira 30 anggota polis dan pegawai penguatkuasa tiba dengan sepuluh kereta.
Beliau mendakwa tiada notis awal dikeluarkan. Exco Selangor Xavier Jayakumar bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Difahamkan kuil itu mampu memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa.

Friday, November 25, 2011

Buta sebelah..yang ini tak nampak..cuma dikelantan aje terangnya..

MAT SEMBAM BUTA SEBELAH KE..?KES INI LAGI PARAH DARI KELANTAN DIA TAK NAMPAK..?ATAU MATA JULING KAT PAS..?

Kualiti bekalan air paip Miri, Sibuti teruk

MIRI: Masalah air paip kotor di Miri dan Sibuti yang sudah lama berlanjutan perlu segera diatasi pihak-pihak berwajib khususnya kerajaan negeri, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Jofri Jaraiee.

Jofri mengulas komen seorang penduduk, Mohdar Ismail di laman Facebook yang memaparkan foto sampel air paip yang diambil secara rawak di beberapa tempat di kawasan ini antaranya pusat bandar Miri, Luak Bay, Kg Bakam, Kg Siva Jaya, Kg Terhad, Kg Angus, Kg Tengah, Kg Menjelin, Kg Jengalas dan Bekenu Bazaar. Sampel-sampel air berkenaan jelas menunjukkan mutu air yang rendah, kotor dan keruh.

“Sampel air paip yang diperolehi (gambar) jelas menunjukkan bahawa air paip di bahagian Miri dan Sibuti memang keruh dan kotor.

“Sampel ini di ambil dari jam 2.30 petang hingga 8.00 malam pada 17 November lalu dan akan lebih banyak lagi sampel air dikumpul dari kawasan Sibuti dan Miri oleh Mohdar.

“Banyak lagi contoh air yang diperolehi dari orang ramai yang merungut kerana terpaksa menggunakan air yang keruh dan ada kalanya hitam pekat macam air longkang,” ujar Jofrie.

Sehubungan itu, beliau menggesa Lembaga Air Kawasan Utara (Laku) Sarawak segera mengatasi masalah itu kerana kualiti air yang ada tidak boleh digunakan untuk mandi dan memasak.

“Kita mendesak agar pihak Laku bertindak segera jangan sampai keadaan ini menjejaskan kesihatan pengguna,” tegas Jofri.

Macam macam le di1Malaysia ini

sebab Point tak cukup atau Point tambahan segera dihulur..?luorang aje tau..ini semua kerja kerja yang UMNOBN cukup suka ..takcaya tanya depa..geng sat ada sat takde..

Trofi Lagu Terbaik AIM Yuna ditarik balik

24 Nov – Belum pernah berlaku dalam sejarah industri muzik tempatan apabila trofi Anugerah Industri Muzik (AIM) yang dimenangi ditarik balik. Namun itulah yang berlaku kepada penulis lagu dan penyanyi wanita popular yang sedang menempa nama di Amerika Syarikat, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang mengesahkan menerusi akaun Twitternya semalam bahawa trofi Lagu Terbaik yang dimenanginya di AIM ke-18 dua minggu lalu akan ditarik balik.

Dah terkorban..akhirnya mereka minta maaf..kira OK..

KERANA TAKDE CAMPURTANGAN UMNOBN..POLIS DAN TENTERA MOHON MAAF PADA RAKYAT KERANA ADA RAKYAT TERKORBAN...kisah ini diMesir..Tapi di1malaysia..selagi umno ada selagi itu Pihak keselamataan akur pada UMNOBN..! ada betulke..?

Pertempuran di Kaherah ditamatkan


























SEJUMLAH penunjuk perasaan berdiri di belakang kawat berduri di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


KAHERAH - Polis dan kumpulan penunjuk perasaan bersetuju untuk mengelakkan konfrontasi selepas kedua-dua belah pihak bertempur di jalanan sejak lima hari lalu dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh.

Dalam perkembagan yang sama, tentera Mesir yang memerintah Mesir buat sementara juga mengeluarkan kenyataan bagi memohon maaf ekoran kehilangan nyawa orang awam.

Pihak tentera berikrar akan membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kematian penunjuk perasaan di Dataran Tahrir dan tempat-tempat lain di Mesir.

Sehingga semalam, askar-askar menggunakan palang besi dan pagar berduri untuk membina halangan yang memisahkan penunjuk perasaan dengan pihak polis di jalan-jalan keluar dari Dataran Tahrir ke Kementerian Dalam Negeri.

Kebanyakan pertempuran melibatkan penunjuk perasaan dan polis berlaku di jalan-jalan tersebut.

Keputusan untuk tidak berkonfrontasi itu berkuat kuasa sekitar pukul 6 pagi waktu Mesir.

Polis dan penunjuk perasaan bersetuju untuk berhenti bertempur selepas dinasihati oleh beberapa ulama tempatan.

Jalan-jalan raya di mana pertempuran berlaku hampir keseluruhannya dilitupi serpihan, debu, kasut dan topeng muka yang digunakan penunjuk perasaan untuk melindungi diri daripada gas pemedih mata polis.

Kekacauan di sekitar Dataran Tahrir yang bermula pada Sabtu lepas merupakan keganasan berterusan yang paling panjang sejak kebangkitan rakyat selama 18 hari yang menyebabkan Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan pada 11 Februari lalu.

Junta tentera mengambil alih pemerintahan negara buat sementara waktu selepas Hosni meletakkan jawatan. - Agensi

Thursday, November 24, 2011

aiseyman..JIRAN SEPUPU SEPAPAT AKULE...

UMNOBN DENGAN JUDI DAN ZINA ..UMPAMAN TAIK DAN KENTUT..
Maklumat terbaru.ADUN BN...?kaki Pompuan,Judi dan arak..benarkah berita ini..?kalau tak benar nafikan dan buat tindakan untuk membersihkan diri..report Polis "GERAK KHAS"..tindakan tepat dan pantas:
apa cerita nya hangpa baca aje kat sini:klik
yang bestnya..cerita certia macam ini bersiri dan bersambung selalunya ada bhg 1 dan seterusnya..Tapi untuk diriku takdepe yang nak diherankan..sebab Acuan dan MasterPiece nya serupa...
ADUN 14...yang menang dgn 14 undi...apa kata orge kampung..?

Aku tak sempat Nak join..

Aku baru sebentar tadi diKl berhampiran tempat demo..sayang tak sempat nak join sama....Tahniah...
memang benar jumlah anggota Polis amat sedikit..kenapa yak...?
Bil Perhimpunan Aman cetuskan demo di Parlimen

Ketika Dewan Rakyat bersiap sedia untuk perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, hari ini, beberapa kumpulan pejuang hak asasi mengadakan demonstrasi bagi membantah penggubalan akta baru itu.

NONESambil menuntut hak perlembagaan dilindungi, aktivis hak sivil yang diketuai oleh NGO, Kempen Bebas untuk Berhimpun atau Free to Assemble Campaign (FAC) berhimpun di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen.

Menghairankan, jumlah polis yang dikerahkan bagi mengawal perhimpunan itu adalah minimum.

"Kami mahu Parlimen tarik balik rang undang-undang yang zalim ini serta-merta kerana ia adalah tidak sah dan menindas.

"Walaupun sekali pandang, permit polis tidak lagi diperlukan, namun sebenarnya, ia mengenakan lebih banyak sekatan lebih tidak munasabah dan memperuntukan denda besar. Ini menjadikannya lebih buruk daripada peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Polis," kata penyelaras Suaram, E Nalini.

NONEMenurutnya lagi, rang undang-undang itu juga bukan setakat menyekat kebabasan awam tetapi juga menghina kebijaksanaan rakyat.

Perhimpunan itu turut disertai oleh pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin-pemimpin dari Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit).

Undang-undang zalim

Kira-kira 50 penyokong yang hadir hari ini membawa Jalur Gemilang dan kertas berwarna kuning yang dicetak dengan perkataan “Perkara 10 perlembagaan jamin kebebasan berhimpun”.

"Rang undang-undang ini adalah yang zalim, kami harap ia akan ditarik balik serta-merta ... jangan sekalipun percaya ini boleh memberi kebebasan untuk berhimpun," kata Ambiga.

"Bagi saya rang undang-undang ini merampas kebebasan berhimpun, ia mengambil balik hak yang dijamin oleh perlembagaan," katanya yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam

NONEMenurut Ambiga lagi, rang undang-undang baru itu, lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis dan bercanggah dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pembaharuan pada malam sebelum Hari Malaysia, 15 September lalu.

"Gambaran yang diberikan semasa pengumuman perdana menteri bahawa kita akan menjadi lebih liberal dan kami akan diberi kebebasan berhimpun. Rang undang-undang ini tidak baik, ia tidak boleh dpinda tetapi mesti dimansuhkan," kata Ambiga lagi.

Ahli parlimen Pakatan Rakyat juga turut serta dalam tunjuk perasaan ini.

Wednesday, November 23, 2011

Mana depa yg bongkak...?

mula mula susu..sekarang sos tiram tak lama lagi kedai1malaysia akan diarahkan tutup....selamatttttttttttt..standrad 1malaysia..?

Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditarik
6:53PM Nov 23, 2011
Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

liow tiong lai pc on kr1m products 231111 01“Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada perisa tiram.

MAIS semakin Merapu dan karut...

MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS

11:56AM Nov 23, 2011

Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Terletak di Kajang, KUIS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh MAIS, yang terletak di bawah bidangkuasa Sultan Selangor.

NONEAziz dijadual membentangkan kertas kerja di seminar itu pagi esok.

Bagaimanapun, katanya, pagi tadi beliau menerima notis yang
memaklumkan bahawa seseorang di MAIS, yang mendakwa rapat dengan istana Selangor, telah meminta pihak penganjur menggugurkan kertas kerjanya.

Katanya, pihak penganjur telah merayu kepada mereka untuk mengekalkan beliau seperti yang dijadualkan kerana orang ramai datang ke seminar itu untuk mendengar ucapannya.

Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa seminar tersebut telah dirancang lebih daripada tiga bulan yang lalu.

Pakar undang-undang itu menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu apabila polis menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung komennya mengenai titah Sultan Selangor berhubung 'pemeriksaan' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap makan malam kesyukuran yang diadakan di Damansara Utama pada 3 Ogos.

Berikutan ini, UIA telah digantung perkhidmatan Aziz selama enam hari. Penggantungan itu ditarik balik selepas bantahan besar daripada pelbagai pihak, termasuk pelajar universiti di seluruh negara dan para ahli akademik.

Tuesday, November 22, 2011

Dah takde,,nak masuk kot mana..

hi hi hi tak masuk akal..macam mana nak masuk kalau akal takde..?cuba habaq mai wahai NOH....
'Keputusan S'gor bubar DUN berasingan tak masuk akal'
Keputusan Selangor mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan dengan pilihan raya umum, dengan membandingkan dengan amalan di Sarawak, disifatkan tidak masuk akal ekoran tarikh tamat DUN di kedua-dua negeri yang berbeza.

NONETimbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (kanan) berkata, 'tarikh luput’ DUN Sarawak berakhir pada 21 Julai manakala tarikh akhir bagi pembubaran parlimen pada 24 April 2013; dan negeri itu baru sekali mengadakan sidang Dun.

"Contoh yang diberikan Abdul Khalid itu tidak masuk akal kerana tarikh tamat DUN di negeri itu tidak sama, bezanya hampir dua tahun dengan pembubaran parlimen.

"Negeri itu pula baru sahaja selesai pilihan raya negeri, takkan hendak dibubarkan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani.

Katanya, kalau pilihan raya dibuat dua kali di Sarawak, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi.

'Sepatutnya ikut Kelantan'

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini menegaskan tidak akan membubarkan DUN sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Abdul Khalid turut mempersoalkan mengapa tindakan Sarawak yang mengumumkan pilihan raya secara berasingan sebelum ini tetapi tidak dijadikan isu sebagaimana di Selangor.

azlanDalam kenyataannya hari ini, Noh berkata, tindakan membandingkan dengan amalan di Sarawak hanya memperlihatkan pengetahuan yang cetek kerana "tidak memahami perkara asas mengenai pembubaran DUN".

"Abdul Khalid sepatutnya mengikut langkah kerajaan Kelantan yang turut membubarkan DUN sama seperti tarikh pembubaran parlimen sejak PAS memerintah negeri itu," katanya.

Noh berkata, tindakan kerajaan negeri jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana didakwa "sudah seronok berkuasa" dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan.

"Rakyat memang sudah faham mengenai perbezaan DUN Sarawak dan parlimen tetapi Abdul Khalid sengaja tidak mahu faham kerana mahu menjaga kepentingan pakatan pembangkang di negeri ini," katanya.

ada Berani ke..???atau Nasi beriyani...

Susu 1Malaysia: Kenapa kementerian tidak bertindak? | Print |
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) mempersoal Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pembekal produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Mengambil contoh susu formula bayi 1Malaysia yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, beliau berkata, kementerian tersebut seolah-olah berkomplot dengan pembekal apabila tidak mengambil sebarang tindakan walaupun membekalkan produk berkualiti rendah.

Ini kerana katanya, kementerian tersebut tidak menmbuat sebarang pendirian berhubung dakwaan itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tegasnya, pengumuman di laman web KR1M sahaja tidak memadai sebaliknya kementerian harus mengiklankannya di media arus perdana."Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi.

Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna," katanya.

Tambahnya pengguna yang membeli produk di KR1M bukan dari golongan yang selalu melayari internet untuk mendapatkan maklumat.

Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad membidas pihak yang mendakwa pendedahan oleh Pakatan Rakyat berhubung isu itu hanya bersifat politik.

Katanya, apa yang dilakukan oleh mereka adalah sebagai tanggungjawab 'check and balance' kepada pihak kerajaan.

"Kita hanya jalankan tugas semak dan imbang kepada kerajaan. Ini bukan soal politik, tapi soal keselamatan rakyat.

"Kita mintak Fomca dan PPIM juga perlu bersama kami," katanya.

Monday, November 21, 2011

KHIK KHIK eloknya Mahkamah benarkan Rakyat Melihat..tapi..

ELOKNYA MAHKAMAH BENARKAN RAKYAT MELIHAT PERJANJIAN ITU..TAPI SEBELUM ITU KENA BERHATI HATI..ADA BANYAK LAGI DOKUMEN KERAJAAN PUSAT YANG AKAN DITUNTUT RAKYAT UTK MELIHAT..apa isi Kandungnya..yang mana sebelum ini kalau ditanya aje akan dikaitka OSA...

Empat lelaki tuntut lihat perjanjian projek sPICE
Nov 21, 2011
Empat lelaki memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pemaju, Eco Meridian Sdn Bhd berhubung projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE) di Relau.

Keempat-empat mereka yang mendakwa sebagai mewakili semua pembayar cukai di negeri itu, - Khoo Yen Her, Abdul Manan Abdul Manap, Sathiasilan Krishnan dari Bayan Baru dan Rama Krishnan Rajagopal dari Farlim - menuntut untuk melihat perjanjian yang dimeterai itu.

NONEPerjanjian itu bagi membina projek kontroversi berkenaan yang ditandatangani oleh MPPP bersama Eco Meridian, sebuah anak syarikat pemaju hartanah yang dikaitkan dengan Umno, SP Setia Bhd

Keempat-empat mereka juga mahu Mahkamah Tinggi mengisytiharkan perjanjian berkenaan sebagai batal dan tidak sah.

Menurut peguam mereka, Thayalan Muniandy, semua anak guamnya itu mahu mencabar kesahihan perjanjian antara pihak-pihak yang terbabit.

"Kami telah minta salinan perjanjian daripada MPPP, tetapi diberitahu bahawa ia tidak mempunyai locus standi bagi memberikan dokumen-dokumen itu kepada kami.

"Ini adalah memalukan, terutamanya di Pulau Pinang yang sepatutnya mempunyai Akta Kebebasan Maklumat," ," kata Thayalan di luar mahkamah.

Menurut Thayalan, berdasarkan laporan akhbar, ia kelihatan seolah-olah kerajaan negeri telah ‘meramapas’ autonomi MPPP.

apa cerita ini..?siapa ada maklumat..

ADAKAH YB PR TERLIBAT ATAU DIJADIKAN MANGSA...?



IBU TUNGGAL SAMAN TERESA KOK

POSTED BY ADMIN ON NOVEMBER 20TH, 2011

Gara-gara dikatakan tidak berpuas hati dengan sikap dan tindakan pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara,Teresa Kok seorang ibu tunggal memfailkan saman terhadap wakil rakyat itu di Mahkamah Majistret Shah Alam 9 November lalu.Ibu tunggal berkenaan, Che Rosnani Che Sof, 46, berkata, dia yang berniaga makanan di tapak pasar pagi Taman Kinrara Seksyen 3 mendakwa mengambil tindakan berkenaan kerana terpaksa menanggung kerugian hampir RM4,000 selain kecewa dengan sikap pihak wakil rakyat itu.

Menurutnya, apa yang dikesalkan pihak terbabit menggunakan peralatan dan bekalan elektrik tempatnya berniaga tanpa persetujuan dan lebih mengecewakan kemudahan itu turut rosak selepas pejabat wakil rakyat menganjurkan Pesta Tanglung 15 September lalu.

“Pada 13 September lalu, rakan perniagaan saya menerima panggilan daripada pembantu wakil rakyat berkenaan yang memberi arahan saya menutup perniagaan keesokan harinya bagi memberi laluan DAP Kinrara menganjurkan Pesta Tang­­lung.

“Apabila ditanya mengapa tiada notis diberi, pembantu wakil rakyat itu tetap dengan jawapan suruh saya tutup kedai,” katanya yang akhirnya bersetuju dan terpaksa membatalkan tempahan makanan pada hari itu.

Che Rosnani berkata, pada 15 September dia didatangi dua lelaki yang memberitahu mahu menggunakan bekalan elektrik dan peralatan di gerainya.

“Saya tidak benarkan kerana melihat wakil daripada pejabat wakil rakyat itu datang seperti bukan mahu meminta kerjasama.

“Pada malam hari berkenaan saya dapati mereka tetap menggunakan peralatan dan kemudahan elektrik saya sehingga menyebabkan ‘distribution box’ mengalami kerosakan malah sebahagian wayar dan kabel putus dipercayai digunakan secara kasar,” katanya.

“Pejabat wakil rakyat berkenaan langsung tidak menghormati keputusan saya dan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka sebenarnya menyebabkan gerai terdedah kepada risiko litar pintas akibat bekalan elektrik tidak mencukupi. .

“Akibat kerosakan, saya tidak dapat menjalankan perniagaan pada keesokan harinya dan terpaksa memanggil orang membaiki kerosakan bekalan elektrik,” katanya.

Che Rosnani berkata, kerana kecewa dia menulis surat dan memaklumkan kepada wakil rakyat berkenaan mengenai apa yang berlaku.

“Selepas sebulan, mereka langsung tidak memberi maklum balas dan saya akhirnya membuat satu laporan di Balai Polis Puchong Jaya dan memfailkan saman menuntut ganti rugi,”katanya.

Menurutnya, wang tuntutan bukanlah faktor utama dia memfailkan saman namun ia lebih kepada kekesalan terhadap sikap ditunjukkan oleh pihak wakil rakyat terbabit.

Sementara itu, Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim ketika dihubungi berkata, hal berkenaan penganjuran pesta tanglung tidak diuruskannya.

“Saya hanya datang ke pesta itu pada malamnya untuk merasmikan program dan saya tidak pernah menerima surat daripada pengadu itu.

“Apa yang saya tahu, pengadu marah kerana penganjur tidak mahu menempah makanannya,” katanya.

Sunday, November 20, 2011

Wahai Perajurit Negara KU..dengar rintihan mereka..

Nyawa Perajurit menjadi sandaran Pihak pihak yg tak bertanggung jawab untuk mencari kekayan Dunia..?siapa disebalik semua trajedi ini..?Takkan sarjan atau kapten..dah tentu yg berkuasa besar..?siapa ke mereka..takkan nak biarkan mereka terus berkuasa..nyahkan dalam masa terdekat INI...

Bekas askar dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah
28AM Nov 20, 2011
Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

3 man jungle patrol teamSeorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

military tentera askar soldier malaysia 260307 mobile artilleryContoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

military malaysia army tentera 131106 jungleLelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita,” rintihnya lagi.

JOM KE MADRAS@ NEW DELHI...

APA KAH SELEPAS INI PERKASA PERAGUT PEREMPIT AKAN KE INDIA DAN BERKUBU DEPAN MAHKAMAH INDIA..?ANAK RAJAKASA(PENANUNG PERKASA)diNamakan dalam tuduhan gagal komited dalam projek pembinaan 2DERMAGA..dey macha perkasa ,perkasam dan sewaktu dgn dia..selamatkan "ANAK RAJKASA" itu..TAPI AWAS..JANGAN SILAP LANGKAH NANTI RAKYAT INDIA LUDAH LEPAS MAKAN SIREH NYAH KOORANG..HI HI HI kalau dah Geng Penyamun dimana mana pun ada dia aktiviti tetap diteruskan..."ELOK KWN DGN SIMALOUN ZUL DARI KULIM"
Mirzan Mahathir dinamakan dalam siasatan di India
Ahli perniagaan Malaysia Mirzan Mahathir dinamakan dalam afidavit di mahkamah India berkaitan siasatan dalam pembangunan Pelabuhan Kakinada di Andhra Pradesh.

mirzan mahathirMirzan, 51, telah memperoleh projek itu semasa bekas ketua menteri negeri Chandrababu Naidu memegang jawatan.

Dokumen setebal 2,424 muka itu menyatakan bahawa sebuah konsortium yang diterajui Mirzan memperoleh pembesaran pelaburan laut air dalam pada 1999.

Afidavit itu difailkan oleh isteri mendiang ketua menteri Andhra Pradesh YS Rajasekhar Reddy's (YSR), YS Vijayalakshmi di Mahkamah Tinggi negeri itu bulan lalu.

YSR, seorang ahli politik yang berpengaruh, terbunuh dalam nahas helikopter pada 2009.

Petisyen itu menyatakan bahawa projek berkenaan ditawarkan secara Bina-Operasi-Pindah dan konsortium itu diberikan 18 bulan untuk membina dua buah dermaga di Pelabuhan Kakinada, pelabuhan kedua terbesar di Andhra Pradesh.

"Tetapi konsortium itu gagal memenuhi komitmennya dan kerja-kerja pembinaan dermaga lain hanya dimulakan lima tahun kemudian pada 2004," menurut afidavit itu.

Disebabkan kelewatan, perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira-kira RM33 juta antara 1999 dan 2007.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan, Mahkamah Tinggi itu kini mengarahkan Biro Siasatan Pusat (CBI) dan Direktorat Penguatkuasaan (ED) menyiasat semua dakwaan terhadap Naidu dan rakannya.

Naidu, presiden Parti Telugu Desam, adalah ketua menteri Andhra Pradesh dari 1994 hingga 2004.

Beliau menerajui parti itu daripada mendiang bapa mertuanya, NT Rama Rao, yang ketika dulu ikon filem Telugu

Menteri "SPRING"

STANDART MENTERI 1MALAYSIA sebijik macam "SPRING"sat gitu gini..keluar kenyataan ikut suka hati depa..bila kena bidas balik tarik balik kenyataan..adoh adoh..memang padan menjadi Taukeh Lembu atau Lembu Kondo.
PAS sambut baik mansuh guru kerja 9 jam | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mengalu-alukan keputusan kerajaan yang mengumumkan projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan tersebut sangat wajar dan selari dengan desakan PAS selama ini yang mahu warga pendidik dibela, bukan dibebankan dengan ditambah waktu berkerja.

"Kita alu-alukan keputusan kerajaan membatalkan projek printis guru kerja sembilan jam ini.

"Saya sendiri sebelum ini turut menyuarakan bantahan kepada pihak kementerian di Dewan Rakyat, agar ianya dimansuhkan kerana khuatir kesan negatif kepada proses pengajaran guru dalam kelas," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari itu dibatalkan.

Langkah itu menurut Muhyiddin, bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

Katanya, ianya tidak perlu perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz sekali lagi menegaskan, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran perlu juga mendapat pandangan pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sebelum membuat sebarang ketetapan terhadap tugas guru.

"Kerajaan perlu ambil pengajaran. Apa-apa keputusan berkaitan perguruan, perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak kesatuan.

"Kita tidak mahu keputusan yang dibuat akhirnya menjejaskan 'core business' guru sekaligus yang menjadi mangsanya adalah pelajar itu sendiri,' katanya.

Sebelum ini Presiden NUTP Hashim Adnan turut menyatakan bantahan dengan projek printis kerja sembilan jam itu kerana ianya dibuat tanpa berbincang dengan pihak mereka.

Lebih membimbangkan katanya, tindakan tersebut 'boleh mematahkan semangat guru' disamping tidak praktikal dengan sistem pengajaran sedia ada

Saturday, November 19, 2011

Jangan risau selepas ini MamakPutera dan MamiPuteri akan kerumun..

JKM didakwa pandang sepi rayuan pesakit kulit

MUHAMMAD KHAIRUN (kiri) menunjukkan penyakit kulit Mohd. Taufiq pada sidang akhbar di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Entah dimana silapnya, selepas berusaha selama tujuh bulan untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, nasib seorang remaja yang mengalami penyakit kulit kronik psoriasis terus buntu.

Anak pertama daripada enam beradik, Mohd. Taufiq Asifaq Ibrahim, 15, terpaksa bergantung kepada bapanya, seorang pekerja kilang kayu yang hanya berpendapatan RM328 sebulan.

Lebih menyedihkan tiada siapa pun yang sudi membantu pelajar itu yang belajar di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura, Jerantut.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, beliau kecewa kerana tiada mana-mana agensi kerajaan tampil memberi bantuan kecuali kunjungan daripada pihak Hospital Jerantut.

"Dia sudah berusaha ke JKM dengan bukti dan dokumen lengkap daripada hospital tetapi tiada sesiapa yang mendengar rintihannya.

"Keluarganya juga menggadai semua harta yang ada untuk membiayai kos rawatan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ayyo samy....samy takde..Ganeson sudah mau jadi Samy loo

ini mesti Kes:JIN JIN pun dah kurang yakin dengan mata wang 1Malaysia...atau JIN naik pening bila Lembu beli Kondominium tak pakai duit dia pun...


sepaker Haram pun tengok ke..?hi hi takpayah rampas Kerusi Speaker le dia..Langit ada jatuh duit..lagi senang kaya..bila samy sudah mau tolong..


SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah

AKHIRNYA....................................?

'SETELAH DISIASAT DENGAN PENUH TELITI akhirnya Kita dapati tiada sebarang eleman Penyelewang'..yang hangpa dok kalut dan seronok sangat ,bila JSJK umum akan siasat KENAPA...kan seperti biasa dan arahan ikut skrip..AKHIRNYA....dot dot dot dot...sudah tau maaaaa.

Polis siasat Pusat Fidlot Nasional

INILAH Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang menimbulkan kontroversi apabila dikaitkan dengan pembelian kondominium bernilai RM9.8 juta di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu semalam berkata, pasukan siasatan akan memanggil mana-mana individu yang terlibat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan awal sudah pun dimulakan dan ketika ini kes tersebut sedang diteliti oleh Pengarah JSJK, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan pasukannya.

"Kita baru dapat laporan daripada SPRM semalam (kelmarin). Pengarah JSJK dan pasukannya sedang meneliti laporan... (tengok) apa kesalahan dia, adakah CBT (pecah amanah), penipuan dan sebagainya," katanya

Takkan cikgu tak boleh diPercayai kut..?

macam tak percaya aje siTimbalan PieeeM kita ini pada guru guru 1malaysia..?awatnya arahan keras sedemikian.>?
Pulangkan duit jika tidak dituntut
SERAMAI 5.3 juta pelajar di seluruh negara telah mula menerima wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 setiap seorang sejak Rabu lalu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Pihak sekolah diarahkan mengembalikan semula wang bantuan persekolahan RM100 kepada kerajaan sekiranya wang terbabit tidak dituntut oleh ibu bapa pelajar di sekolah anak-anak mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ibu bapa juga boleh membuat pilihan sama ada untuk menerima bantuan itu atau berhasrat untuk menyumbang kepada pihak sekolah.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ibu bapa perlu membuat tuntutan ke atas wang berkenaan di sekolah anak-anak mereka sebelum membuat keputusan untuk menyumbang kepada sekolah.

"Kalau di sekolah itu ada ibu bapa pelajar yang kata tidak memerlukan (bantuan) dan sebagainya, itu tidak apa. Kita sudah arahkan kepada sekolah, kalau ada lebihan, mereka pulangkan kepada kementerian dan wang itu akan masuk balik dalam tabung kerajaan. Itu duit kerajaan.

"Terserah kepada ibu bapa (untuk ambil atau tidak) kerana tujuan kita hendak kurangkan beban sebab awal tahun ibu bapa nak belanja beli kasut dan sebagainya. Kalau ibu bapa kata dah mampu dan ada kemudahan lain dan fikir nak sumbangkan, ibu bapa kena ambil dahulu duit itu," katanya selepas majlis perasmian Hari Unesco Malaysia di sini semalam.

Friday, November 18, 2011

Penjelasan beliau pada 20 hb Nov

IKUTI PENJELASAN BELIAU LIVE PADA 20HB NOV 2011 DI KG SALAK TRONG.JAM9 MALAM(JALAN KEBRUAS)...Kita dengar bersama kenapa dan mengapa beliau menyertai PAS danapa rahsia rahsia yg ada beliau mengenai kecelaruan UMNOBN

Bekas Ketua Polis Daerah pula sertai PAS | Print |
Muhammad Faeez

TAIPING, 18 Nov: PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar bertindak menyertai pati itu.

Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk,” katanya ketika memberi ucapan di Liqa’ Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping.

Turut serta pada program itu Pasuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Saya berazam akan berjuang bersama PAS bagi memperjuangankan Islam hingga ke akhir hayat,” ujarnya lagi.

Kini beliau bersama-sama PAS Perak dalam Program ‘Jom Masuk PAS’ menjelajah seluruh negeri bagi menarik masyarakat khususnya bekas kakitangan kerajaan.

Sebelum ini, PAS Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

Terlepas Pandang...Bukan...memang tak mau bagi tau

SEKADAR RENUNG RENUNGAN..KALAU NAK DIHARAP MEDIA 3/4 ,4 SUKU SIAR MEMANG TAKDE CAN...





Thursday, November 17, 2011

Sekolah Agama VS Lembu Lembu berkeliaran..!

Bebaru ini..adalah kerajaan Pusat salurkan wang Bantuan pembangunan pada semua sekolah Agama Rakyat.SO CERITANYA SEPERTI YANG DIMAKLUMKAN PADA SAYA OLEH.Peserta dan juga disahkan oleh Pegawai Pendidikan dan Pegawai Agama yang hadir dalam majlis itu.
*Putra Jaya salurkan wang bantuan untuk Pembangunan pada semua atau sebahagian sekolah Agama yang tersenarai dan juga sebahagian yg tak berdaftar turut menerima wang bantuan itu.

*Jumlah wang ikut jumlah murid dan ada diantaranya RM50k keatas dan ada yang mencecah Juta.

*Semua wang telah disalurkan keAkaun Bank sekolah masing masing.Dengan surat dari Putra jaya maklumkan jumlah wang yg disalurkan dan akan memantau kemana wang itu digunakan ,dan difahamkan bahawa pihak sekolah akan membuat akaun keluar masuk asing utk jumlah wang itu.

*Tapi disebalik perstiwa ini adanya pihak pihak terkejut Lembu membuat stratejik utk melangsaikan wang itu.

*Diperak bebaru ini selepas wang itu disalurkan,Pihak Agama Islam telah memanggil semua Guru guru besar/Mudir utk hadir ke satu taklimat diTelok Batik.

*Taklimat so kira ok le..jadi majoritinya hadir,dan yang mencurigakan mereka adanya Pihak JPN Negeri(Pendidikan) turut bersama dalam majlis itu.

*Diantara taklimat itu wang yg disalurkan jangan digunakan lagi dan diminta isi satu borang dan nyatakan keperluan sekolah itu,dimana kontraktor untuk pembangunan sekolah terbabit akan dilantik oleh mereka(siapa mereka itu..?hantu lekot).

*Hi hi hi akhirnya hasrat Pihak Lembu yang melembukan Jabatan Agama telah difahami oleh Guru guru yg hadir .

*Dan diantaranya menyuarakan Pihak yg memberi taklimat untuk mengeluarkan surat atau arahan Rasmi dari Pihak Jabatan Agama..apa lagi kantoi macam Lembu cirit le demo...

*dan akhirnya majlis bersurai tanpa sebarang keputusan dan ada diantara sekolah sekolah terbabit tidakmau ikut arahan mereka kalau setakat cakap dimicrophone tanpa arahan rasmi..

ps*Takkan Lembu dari jabatan pendidikan Cerdik dari manusia dari sekolah agama..?kalau dah Lembu lembu juga..

Melayu Mudah Lupa dan diTipu..kenapa..?

dah banyak sangat perstiwa semacam ini menimpa rakyat Malaysia khususnya anak anak Melayu ..kenapa..?agama ,maruah semua sanggup digadai semata mata nak dapat duit cepat dan segera...adoh adoh....mana tak jadi macam itu..buka tv1,tv2,tv3 semua asyik dgn tayang isu isu 3/4..artis dan selebirit diagung agungkan..

Sesi model serah tubuh

hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal ‘mengumpan’ mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.

Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.

“Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian.

Wednesday, November 16, 2011

Fitnah Fitnah..tapi kena ditarik macam"LEMBU"

What happen..kata semua tuduhan PR fitnah..tapi ditarik macam Lembu atau ditarik masuk Kondo ke..?

Susu 1M'sia ditarik balik, sos cili masih di pasaran
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

NONEDalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.

“Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak,” petik kenyataan itu.

Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.

“Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan,” petik kenyataan itu lagi

khik khik siapa suruh hangpa percaya..?

siapa yg kata ISA dihapuskan..?
10 Islamic activists arrested under ISA in Tawau
| November 16, 2011
The 10, arrested on Monday, are either PAS members or supporters, including respected religious teachers.
TAWAU: Ten religious teachers and Islamic activists were arrested here under the Internal Security Act (ISA) by a team of police officers from federal police headquarters Bukit Aman.
The counter-terrorism operation by the Special Assignment Team was led by DSP Azman Omar. The police gave no information on the arrests.
The families of the detainees were informed on Tuesday that their relatives were being detained under the ISA which allows for detention without trial. They can be kept incommunicado for 60 days, after which the Home Minister can detain them for two years.
According to sources, those arrested were all PAS members or supporters, including respected religious teachers in the Tawau district.
Sabah PAS commissioner Mohd Aminuddin Aling questioned the arrests which he said were made without warrants, notice or any prior information. He also complained that the police operation was conducted in front of wives and children.
He said the police should “clarify the real situation so the news of the arrests will not be misinterpreted and raise negative assumption of those detained”.
He said the police were heavily armed and rough. They also seized several laptops and cash.
Mohd Aminuddin said the police operation was all the more shocking as Prime Minister Najib Tun Razak had just announced in September that the ISA would be scrapped.
“People are shocked by the ISA detention,” he said.
“The cruel and inhuman act has caused chaos in the families of the detainees,” he said. He demanded the 10 to be immediately released without conditions or be charged in court.
Tawau police chief Ibrahim Chin declined to comment but the local media noted that there was a heavy police presence along the road to the Tawau airport in the Apas area where the arrests were made.
According to sources, the arrests could be for any number of reasons, including for terrorism threats in Sabah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails