dalm 2 saat 1,2,3,4...........menang..ganeson menang....diistihyarkan oleh pengadil

mmg BN dan koncu nya dajjal betul..angkara mereka ..sekarang k`jaan kelantan Pas kena tanggung sampai 800 juta..sialan betulll...mmg sah..umno BN mmg 1dajjal besar.. RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman Umno/BN |
Harakahdaily |
KOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu. Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan. Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu. |
Mantan presiden, Gus Dur pulang ke rahmatullah | |
|
hi hi Lanun Pangkor..masa bila pulak PR ikhtiraf hang jadi MB.semua tahu hang ini dari lanun mengaku MB..AS pun seriau tngk hang dia classkan hang dibawah PENGGANAS. MALU LAH SIKIT NAK TUNJUK TERROR..KONON PR nak buat demo suruh hang letak jawatan JAWATAN apa??..yg konform Lanun saja....ciiit Pakatan Perak nafi SMS himpunan desak Zambry letak jawatan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim hari ini menafikan khabar angin bahawa Pakatan Rakyat negeri itu akan menganjurkan satu himpunan mendesak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar esok. Khalil dalam satu kenyataannya menegaskan, PR Perak tetap berpendirian bahawa pembubaran Dewan Undanagn Negeri (DUN) merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan isu Menteri Besarnya dan krisis politik yang berlaku di negeri itu dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih kerajaan mereka. "Prinsip Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran DUN Perak," katanya yang juga ADUN Titi Serong. Khalil juga mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dianggap sebagai satu provokasi dan fitnah terhadap Pakatan di Perak. Sehubungan itu, beliau meminta pihak keselamatan melakukan siasatan yang terperinci megenai pihak yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu. Khalil turut mengingatkan seluruh penyokong Pakatan Rakyat agar tidak mempercayai khabar angin itu sebaliknya mereka harus berhati-hati dengan sebarang provokasi dan fitnah yang berterusan dari pihak musuh. Selain itu, beliau juga menyeru penyokong Pakatan agar tidak sewenang-wenangnya mempercayai maklumat yang terbit daripada media pro Barisan Nasional sebaliknya mengambil maklumat yang disisrkan media-media Pakatan rakyat. "Saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak mudah mempercayai sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro BN, dan saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam-media parti yang mewakili Pakatan." katanya. Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Negeri juga akan membuat satu laporan polis petang ini bagi menggesa pihak keselamatan mengambil berat mengenai provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan itu. |
EMMM turn Berita Harian pula dicilakan...tak habis-habis demo buat kerja macam ini.SAMAN AJE..dapat juga duit....buat belanja. SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 30 Dis: Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya. |
Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.
Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suarat Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.
Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.
Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.
"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.
Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles.
Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan.
Tue, Dec 29, 2009
Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.
Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.
Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.
Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.
Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.
Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.
Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara
Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.
Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.
Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.
Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.
Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.
Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.
Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.
Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.
Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.
satu dunia dah tahu MB Perak adalah HARAM..nak..sekarang timbalan menteri Pusat pun ada Haram..bukan saya cakap..tapi Parti Komponan BN yang cakap.....kat-kata zunar semakin menjadi..perak darul KARTUN...sekarang Kabinet Malaysia pun jadi KARTUN...
PPP Anggap Murugiah Timbalan Menteri Haram
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.
Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.
"Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram...dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Kayveas kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Kayveas berkata sebelum ini PPP telah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.
Turut menghadiri rumah terbuka itu ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
-- BERNAMA
KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil
Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.
Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.
Ali Hashim |
ALOR SETAR, 25 Dis: Skim Kifalah atau pun khairat kematian yang akan dilaksanakan pemberiannya mulai Jan 2010 sebagai bantuan segera kepada rakyat miskin akan turut memberi tumpuan kepada semua golongan miskin, semua kaum dan warga emas. Namun begitu, menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang berdaftar dengan e-Sinar iaitu satu program membasmi kemiskinan. |
A woman jumped the barriers and knocked the Pope down
macam-macam adalah...bila pulak nak tengok kat malaysia insiden sebegini baguih....
NEW DELHI 25 Dis. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 40 lagi dipercayai terperangkap selepas sebuah jambatan runtuh di barat India.
Kejadian itu berlaku lewat malam tadi apabila jambatan yang masih dalam pembinaan merentasi sungai Chambal di negeri Rajasthan runtuh, kata pegawai daerah tempatan, T. Ravikant.
"Beberapa orang yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital," katanya. "Kami khuatir 40 lagi masih terperangkap di bawah runtuhan."
Pihak tentera turut serta membantu menyelamatkan para buruh yang terperangkap manakala penyelam dan pematri terus menjalankan kerja menyelamat di tempat kejadian. - AFP
|
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)kecewa dengan sikap "tolol" Exco Kerajaan Negeri Terengganu terhadap kenyataan yang menyatakan keruntuhan banggunan adalah rahmat kepada Rakyat Terengganu. Kenyataan berbaur "kebodohan" ini tidak sepatutnya dikeluarkan di dalam Dewan. MAMPAT menyeru Dato' Menteri Besar untuk segera merombak Barisan Exco dan membuang jawatan Exco Yb Yahya dna digantikan dengan orang lain. Sikap lepas tangan, sambil lewa dan tidak bertanggungjawab Yahya sangan mendukacitakan MAMPAT dan Rakyat Terengganu.
NI KENYATAAN DIA...
“Bangunan runtuh Satu Rahmat Untuk Rakyat Terengganu,”kata Yahya Khatib
Wednesday, 23 December 2009 13:33 SM Noor
KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (gambar kecil sebelah kanan),
http://buletinonline.net/images/stories/berita17/yahyaterminalruntuh.jpgberkata kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa.
Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu
Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, kira-kira jam 1 tengahari tadi, 23 Disember, 2009.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.
Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.
Malangnya soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan rahmat kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.
Tue, Dec 29, 2009
Dalam Negeri