Peguam Negara jamin siasat habis-habisan
:Katanya, kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E disifatkan sebagai 'perkara serius'.
:“Ini perkara serius. Setahu saya, ia melibatkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya,” katanya.
:Laporan yang tersiar minggu lepas tentang kehilangan dua enjin pesawat pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) itu mendorong pihak berkuasa menjalankan penyiasatan mengenainya.
Abdul Gani berkata, kes berkenaan rumit kerana ia melibatkan pelbagai agensi, kementerian, agensi pengangkutan dan penghantaran, rangkaian keselamatan dan syarikat yang membaik pulih enjin.
Menurutnya, pihak tentera telah menjalankan siasatan sendiri berhubung kes itu sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis lebih setahun selepas kehilangan enjin berkenaan.
Kes itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara kira-kira enam bulan lepas untuk disiasat.
“Saya telah meminta pegawai saya menjalankan siasatan lengkap, keseluruhan pergerakan dua enjin terbabit dan saya hendak tahu di mana enjin itu berada sekarang.
“Ini bukan perkara mudah. Ia melibatkan u:saha yang dirancang secara rapi oleh sekumpulan orang,” katanya.
:Abdul Gani berada di New Delhi bagi menyampaikan syarahan pada siri syarahan Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika (AALCO). - Bernama
No comments:
Post a Comment