Beng Hock: Polis akan ambil keterangan Guan Eng
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, satu laporan polis telah dibuat Isnin lalu berhubung ucapan Setiausaha DAP itu semasa Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Shah Alam, Sabtu lalu.
“Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan bahawa Teoh dibunuh dan ucapannya itu dianggap cuba menghasut dan mempengaruhi orang awam.
“Oleh itu kita akan memanggil beliau dalam masa terdekat ini untuk direkodkan percakapannya mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Khalid berkata, mana-mana pihak diingatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai insiden kematian Teoh.
No comments:
Post a Comment