BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, March 21, 2011

sandaran UMNO dari Jubor beralih angin Ke.Bxxit..cilako benar mereka mereka ini..

Klip video seks untuk desak Anwar berundur

Ong Vic Kee, Wong Shu Qi


Satu klip video yang merakamkan aksi seks telah ditayangkan oleh sekumpulan orang yang menggelar diri "insider" kepada media, menyasarkan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim sebagai watak utama dalamnya. Kumpulan ini mendakwa bahawa klip video ini akan dikirim kepada Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah dalam minggu ini, malah mendesak agar kedua-duanya berundur dari pentas politik selepas identiti watak utama dikenalpasti.

Klip video 30 minit ini ditayangkan untuk tontonan media, di Seri Carcosa Negara, pagi ini. Dalam kenyataan media berjudul "Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang dikeluarkan oleh "insider", mereka mendakwa klip ini dirakamkan pada 21 Februari 2011, dalam sebuah hotel di Kuala Lumpur. Aksi seks dengan wataknya disyaki Anwar Ibrahim bersama seorang gadis dari China telah dirakam melalui empat kamera (cctv).

Dalam kenyataan yang sama, "insider" berkata pihaknya mahu media menonton klip video ini terlebih dahulu sebelum klip video ini dikirim kepada Anwar Ibrahim dan dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengenalpasti identiti watak dalam video tersebut.

Bagaimanapun, penayangan klip video tersebut dihentikan selepas sejam kemudian, pada kira-kira 12.30 tengah hari, dikatakan kerana takut dirempuh penyokong Anwar. Wartawan MerdekaReview tidak sempat untuk menontonnya, walaupun sesetengah wartawan dari media lain telah berbuat demikian. Menurut seorang wartawan yang telah menontonnya, wajah watak dalam klip video amat menyerupai Anwar, sehingga persamaannya mencapai 95%. Seorang lagi pula menyifatkan bahawa klip ini tidak banyak berbeza dengan klip video Chua Soi Lek, cuba ia lebih jelas daripada klip yang melibatkan Presiden MCA ini.

Anwar-Azizah diberi tempoh 7 hari

Dalam kenyataan media bahasa Inggerisnya, seorang daripada "insider" yang menggelar dirinya Datuk T berkata, Anwar melawat sebuah hotel yang menawarkan perkhidmatan seks dan Spa di Kuala Lumpur pada bulan lalu. Anwar dikatakan memesan Datuk T untuk mengambil jam tangannya, setelah mendapati bahawa jam tangan dirinya tertinggal dalam bilik hotel.

Datuk T berkata beliau membuka almari untuk mencarinya, berikutan beliau gagal menemui jam tangan pada meja. Datuk T terperanjat untuk mendapati wayar di sebalik almari, dan akhirnya menemui empat kamera cctv. Beliau telah tinggalkan hotel bersama video tersebut, dan mendapati klip video yang memaparkan posisi tidak senonoh antara "Anwar" dan gadis tersebut.

Menurut Datuk T, ramai orang tahu bahawa Wan Azizah Wan Ismail menyedari kebenarannya. Anwar yang terlibat dalam dua kes liwat, sukar dibuktikan di mahkamah lantaran bukti yang tidak mencukupi. Keadaan ini menjadikan orang umum amat keliru dengan apa yang berlaku. "Ini kerana mereka tidak faham Anwar, namun Azizah dan orang di sekeliling Anwar tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Datuk T.

Datuk T menambah, seandainya Anwar-Azizah tidak berundur dari pentas politik dalam tempoh tujuh hari, maka beliau akan menghubungi beberapa NGO untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang berkecuali untuk menyiasat sejauh mana benarnya klip video tersebut.

"Mengapa saya buat demikian? Pembohongan ada batasnya. Cukup maksudnya cukuplah. Kini tiba waktunya orang awam untuk tahu...kebenaran," kata Datuk T.

Tian Chua: Alihkan tumpuan

Bagaimanapun, ketika respon kepada isu ini di parlimen, Naib Presiden PKR merangkap ahli parlimen Batu Tian Chua mengaitkan pendedahan ini dengan pilihan raya negeri di Sarawak. Beliau menyifatkan Barisan Nasional semakin terdesak, mengalihkan tumpuan dari isu besar seperti pilihan raya, dasar kepada serangan peribadi, semata-mata untuk mengekalkan kuasa di Sarawak.

Tian Chua (gambar kiri) mencabar dalang di sebalik tabir untuk menyerahkan klip video asal tersebut, supaya dikenalpasti sama ada ia benar atau tidak. Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution enggan mengulas isu ini ketika ditanya wartawan, hanya menyoal balik wartawan, "Sudahkan anda menontonnya? Tidak?"

*Wong Shu Qi ialah wartawan senior MerdekaReview, Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails