BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, March 26, 2011

Selepas siasat..apa tindakannya..?

DNA ..lagi untuk membuktikan Jam Tangan Milik anwar..hah ah ah ah 1malaysia patutu ditukar kepada negara 1DNA...siasat...selepas itu..tunggu..walau pun bukti jelas..memiliki dan menayang filem Lucah atau tanpa kelulusan adalah salah..:Penapisan Filem 11
(b) menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan,
membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan,
apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang
selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang
daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima
tahun atau kedua-duanya.

dinegara mana..undang undang ini akan digunakan..?

Rahim disoal siasat lima jam, video seks diserah Bukit Aman



Oleh Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Tan Sri Rahim Thamby Chik, salah seorang “Datuk T” yang mempertontonkan rakaman video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, telah diserahkan kepada polis hari ini.

Rakaman video itu diserahkan selepas Abdul Rahim memberikan kenyataan di Bukit Aman.

Bekas ketua menteri Melaka itu (gambar) berkata, beliau menyerahkan salinan asal video seks agar mereka dapat menentukan ketulenannya.

“(Video) itu boleh diperiksa oleh pakar forensik untuk melihat sama ada ia direka atau sebaliknya,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

“Kita boleh panggil pakar-pakar, malah dari FBI (Biro Siasatan Persekutuan) di Amerika, untuk menentukan ketulenan video,” kata beliau ketua Pemuda Umno ini.

Rahim berkata beliau berharap polis boleh mempercepatkan siasatan memandangkan ia penting bagi rakyat Malaysia mengetahui “aktor” dalam video itu.

Katanya, beliau juga menyerahkan jam tangan Omega, yang didakwa milik Anwar, bagi membuktikan identiti lelaki yang sebenar.

“Meskipun (Anwar) tidak mengaku (memiliki jam tangan), pakar forensik boleh menentukan sama ada jam tangan sebagai bahan bukti penting,” katanya.

Rahim disoal siasat selama lima jam sejak 5 petang tadi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails