Tembak mati remaja: Polis cadang tubuh inkues
Polis mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya mengadakan inkues bagi menyiasat kejadian tembakan di Glenmarie pada November tahun lalu yang dikatakan dalam keadaan yang mencurigakan sehingga mengakibatkan tiga pemuda ditembak mati.“Tidak wajar bagi polis mengulas lanjut berhubung kes itu kerana kami akan mencadangkan supaya inkues diadakan,” kata Tun Hisan.
“Namun, tindakan polis adalah semata-mata untuk menahan suspek. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ia mungkin menjejaskan inkues yang dicadangkan itu,” katanya.
Ditanya mengapa siasatan yang dijalankan sebegitu lama tidak siap, Tun Hisan berkata anggotanya terpaksa mengumpulkan laporan daripada pelbagai jabatan.
Semalam, perwakilan Lawyers for Liberty N Surendran, yang juga naib presiden PKR mendakwa berdasarkan laporan bedah siasat ke atas tiga-tiga mangsa itu menunjukkan mereka dibunuh dari jarak dekat oleh polis semasa sedang berlutut.
Sebelum ini, polis mendakwa pemuda berkenaan cuba menyerbu dan menyerang mereka dengan parang dan tembakan terpaksa dilepaskan bagi mempertahankan diri.
“Laporan bedah siasat bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak - yang bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan,” kata peguam N Surendran.
“Ini menunjukkan mangsa sedang melutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan,” kata Surendran
No comments:
Post a Comment