INI CARA DAN TAKTIK..MENGAUT WANG RAKYAT...BUAT SESUATU UNDANG UNDANG IKUT SUKA HATI DEMA AJE..ASALKAN MASUK POKET KRONI..
Pengusaha kereta bantah pemeriksaan tambahan
Kira-kira 100 pengusaha kereta terpakai mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur hari ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967.Pengusaha kereta bantah pemeriksaan tambahan
Pengusaha mendakwa tindakan itu hanya menguntungkan Puspakom, sebuah syarikat swasta yang diberikan monopoli bagi menjalankan perkhidmtan pemeriksaan berkomputer.
Pemeriksaan tambahan 14 perkara itu yang juga dikenali sebagai B7 itu akan dikuatkuasakan selain pemeriksan wajib 4 perkara sekarang yang disebut B5.
Menurut setiausaha agung Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Khoo Kah Jin, pemeriksaan B5 adalah mencukupi bagi melindungi pembeli.
Khoo berkata kos tambahan kos juga akan terpaksa ditampung oleh kedua-dua pembeli dan juga penjual kerana pemeriksaan B7 menelan belanja RM90 di samping bayaran RM30 untuk pemeriksaan B5.
FMCCAM mempunyai lebih 3,000 anggota di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment