Gadai helmet bebaskan suami
Sebelum itu, suaminya, Tengku Abdul Hadi Tengku Roslan, 19, dari Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu dikenakan hukuman denda selepas mengaku bersalah mencuri sebuah kamera DSLR Model D7000, dua telefon bimbit model Nokia dan satu beg tangan wanita selepas memecah cermin sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang pekerja bank pada 13 Jun lalu.
Bapa muda kepada seorang anak itu mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Mengikut fakta kes, tertuduh pada 13 Jun lalu di antara jam 11.30 malam di tempat letak kereta di hadapan kedai kek Ziq Bakery, Jalan Gong Kapas, telah bertindak memecah cermin belakang sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan melarikan sebuah kamera DSLR model D7000, dua buah telefon bimbit dan sebuah beg tangan wanita milik Wan Nor Malina Wan Ghani, 30.
Mangsa menyedari kehilangan barang miliknya itu selepas makan malam bersama suami selepas menyertai sambutan Terengganu meraikan kemenangan Piala FA dan Sukan Malaysia (Sukma).
Tertuduh berjaya ditangkap beberapa jam kemudian hasil risikan dan maklumat orang awam yang berada di kawasan itu.
Pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi di hadapan hakim Nor Azizah Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Hayyatuddin Muhamad.
No comments:
Post a Comment