memang terdapat Rami ADUN dan MP UMNOBN berperangai macam ini..bila dapat aje sedikit Kuasa dia punya ingat dia menjadi MAHAKUASA dalam kawasan dia..cilako punya malaun..
DAP: ADUN Umno bina banglo tanpa kelulusan
Ketua Pembangkang Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mempersoalkan integriti pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) negeri itu Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman yang didakwa membina sebuah banglo di Simpang Renggam tanpa kelulusan pihak majlis tempatan.DAP: ADUN Umno bina banglo tanpa kelulusan
Hamid mengakui tapak tanah di mana banglonya didirikan itu adalah tanah miliknya yang diklasifikasikan sebagai tanah pertanian.
“Saya telah memohon untuk permit sebelum pilihan raya 2008 tetapi pihak majlis tempatan belum meluluskannya. Oleh kerana belum ada kelulusan, maka saya menghentikan projek itu,” kata Abdul Hamid.Boo, yang juga pemimpin DAP Johor pada sidang akhbarnya hari ini mahu ADUN Machap itu dibawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Johor supaya tindakan diambil berhubung integritinya.
“Saya juga mencabar Menteri Besar Johor menjelaskan pendirian beliau sama ada Abdul Hamid masih memperolehi integriti dan keyakinan awam untuk memegang jawatan Pengerusi PAC selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Boo mendakwa rumah Abdul Hamid terletak di lot tanah seluas 2.16 hektar yang bernilai RM280,000 dan menjangkakan bangunan banglo itu apabila siap kelak akan menelan belanja bernilai di antara RM1.5 juta hingga RM2.5 juta
1 comment:
orang yang tak duduk situ tak payah komen. senyap lagi baik. area tu memang diklasifikasikan sebagai tanah pertanian. tapi keliling tu ada rumah.kan dia dah stop pembinaan rumah tu sebab tak dapat permit. 2008 lagi dah stop. kira ok la dia tak guna kuasa dia untuk desak PBT luluskan permit. kalau rumah macamtu dikatakan besar, aku tak tau la kalau korang tengok rumah anwar ibrahim nanti...
Post a Comment