memanglah betul apa yang dicakapkan oleh Jib tapi apa tindakan pada 9 hb July semua nampak dan satu dunia dah tahu..macam mana punya tindakan untuk melindungi..tembak sana sini..sedangkan Rakyat cuma mahukan Perhimpunan Aman..tiada siapa pun nak kan rusuhan..
Najib: Tugas k'jaan lindungi nyawa, harta benda rakyat
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam blognya, www.1Malaysia.com. Najib: Tugas k'jaan lindungi nyawa, harta benda rakyat
"Insiden terbaru di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menyagikan kita dengan ujian penting.
"Keputusan kita sebagai kerajaan adalah untuk melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum yang bergantung mata pencarian mereka di Kuala Lumpur," katanya.
Najib berkata dengan membenarkan satu kumpulan mengadakan demonstrasi, maka ia akan memberi peluang kepada pihak lain menggunakan kaedah sama untuk menimbulkan peristiwa menggemparkan atau isu kontroversi yang mendapat perhatian awam.
"Tanpa menghiraukan janji-janji untuk demonstrasi aman, ia hanya mengambil sebilangan kecil kumpulan yang terlampu ghairah untuk mencetuskan keadaan bertambah buruk dengan menyerang penonton tidak berdosa atau merosakkan harta benda.
Najib berkata baru-baru ini Malaysia menduduki ranking ke-19 negara paling selamat dalam dunia dan pertama di Asia Tenggara.
"Selama beberapa dekad kita telah membina sebuah negara berbagai budaya dan etnik atas dasar toleransi bersama dan saling menghormati," katanya.
"Sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Allahyarham mempunyai kuasa Kabinet dan Parlimen dalam tangannya.
"Ayah saya takut dengan kuasa mutlak dan tidak boleh menunggu untuk hari yang beliau boleh menyerahkan kuasa kepada rakyat menerusi Parlimen dan memulihkan demokrasi berparlimen," katanya.
"Biar kita tidak tunduk kepada cita rasa mereka yang menuntut balasan yang hanya akan mengakibatkan semangat muhibah dan kerja keras yang dibina sejak sekian lama lenyap begitu sahaja.
"Biar kita semua bersama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara harmoni," katanya.
No comments:
Post a Comment