Kalau setakat Taraf "KATAK PURU" aje lompatnya tak konsisten tak perlu bangga diri yang diri dicemburi oleh orang Lain...kalau ada manusia yang cemburu pada kita pun ada tahapnya diri kita dimata masyarakat baru layak dicemburi..kalau setakat kau aje..berahim puru..takde siapa pun teringin nak cemburu kat hang le ooooi..sedaq le sikit...
Anugerah Ibrahim Ali: 'Saya jadi mangsa cemburu'
Dengan menegas rekod 'bersih' dalam kegiatan aktivismenya sejak 30 tahun lalu, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mendakwa semua bantahan terhadap cadangannya mewujudkan satu anugerah tajaannya, lahir daripada sikap cemburu terhadap pencapaiannya.Anugerah Ibrahim Ali: 'Saya jadi mangsa cemburu'
kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya.
"Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.
Mempertahankan cadangannya untuk memperkenalkan Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau menganggap kritikan itu sebagai "memalukan" dan "tak ada kelas".
"Apa yang mereka membebel ni? Anugerah ini adalah dari saya. Saya derma duit saya untuk diberikan kepada mana-mana pelajar yang berwibawa, jadi apa masalahnya?
Ahli parlimen bebas Pasir Mas itu berkata beliau terlibat dengan kegiatan aktivisme dan politik sejak 1970 semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM) dan rekod pencapaiannya itu menjadikannya musuh kepada pihak lain.
"Bila saya berada dalam Umno, bila saya bekerjasama dengan PAS, ke mana saya pergi, bukan sahaja parti pembangkang, rakan-rakan Umno pun cemburu terhadap saya.
"Saya tidak mahu jadi popular tetapi itulah yang terjadi, maka saya jadi mangsa cemburu," katanya sambil menambah bahawa beliau selama ini tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah, skandal seks dan moral.
Sekalipun Naib Canselor UiTM Prof Sahol Hamid Abu Bakar telah mengeluarkan surat meminta pencalonan untuk anugerah itu pada awal bulan lalu, beliau kemudiannya menjelaskan ia adalah satu "kaji-selidik" untuk mendapat maklumbalas dari pensyarah, kerana ia belum diluluskan lagi oleh pihak Univesiti.
Senat univeristi itu akan membuat keputusan muktamad berhubung cadangan anugerah tersebut dalam mesyuaratnya esok.
No comments:
Post a Comment