Kerja pengkhianat negara: Zahid
siapa siapa dia sipengkhianat ini..kena cari Datuk Ahmad Zahid tolong kami..cari siapa yang bertanggunjawab buat kerja ini..siapa dia pengkhianat sebenar...walau apa pun dah tentu kroni-kroni besar BN,,betul tak datuk...tapi dah jadi kebiasaan ,,datuk kena tengok cermin setiap hari untuk dapat kan klu..who am i ?....
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang terlibat dalam kehilangan dua enjin jet pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah pengkhianat kepada negara, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, kehilangan enjin ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa enjin seperti itu boleh dijual, bukan sahaja kepada negara-negara Asia Barat seperti Iran dan Iraq, tetapi kepada negara lain.
“Mereka ini bukan sahaja pencuri, tetapi penderhaka dan pengkhianat kepada negara. Mereka menjadi anggota tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan, tetapi telah membelot kepada negara.
“Jika mereka ada hubungan dengan orang luar yang juga rakyat Malaysia, mereka turut menderhaka kepada negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini semalam.
Ditanya sama ada kes kehilangan itu melibatkan pegawai atasan tentera, Ahmad Zahid berkata ia melibatkan anggota lain-lain pangkat (LLP).
“Pegawai atasan tentera tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.
Ahmad Zahid berkata setakat ini hanya dua enjin pesawat tempur dilaporkan hilang dan jika terdapat bukti ada alat-alat lain yang hilang, perkara itu akan dibawa ke mahkamah.
Katanya, Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyerahkan butir-butir terperinci mengenai enjin yang hilang itu serta dokumen berkaitan serta maklumat mengenai pergerakan enjin tersebut dan destinasinya.
“Saya menerima arahan Peguam Negara. Angkatan Tentera serta polis diberi tempoh tertentu untuk memberi maklumat berkenaan. Saya juga menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menyerahkan tugas siasatan kes ini kepada polis,” katanya.
Sebelum itu, pada majlis berasingan, Ahmad Zahid mendedahkan selain dua buah enjin, peralatan lain yang berkaitan turut dilaporkan lesap.
Katanya, Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.
"Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut.
“Hasil mesyuarat akan diberikan kepada saya selaku pengerusi untuk ulasan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan untuk Keselamatan Sosial Maldives, Ameen Faisal di sini, pagi semalam.
Menurutnya, selain empat anggota ATM yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat.
“Kami telah menempatkan mereka di tempat tertentu dalam perkhidmatan serta telah mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka masih berkhidmat dalam ATM kerana kita sedang menunggu siasatan dari aspek perundangan Angkatan Tentera,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, mereka yang ditahan itu adalah pegawai bawahan Lain-lain Pangkat (LLP) di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.
Katanya, sebuah syarikat pembeli enjin pesawat yang berada di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran turut disiasat.
“Pejabat Peguam Negara pun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan yang diperlengkap dengan beberapa aspek perundangan harus dibuka kepada umum melalui tindakan mahkamah,” katanya.
sinarhairan*
No comments:
Post a Comment