BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, December 29, 2009

peppppeee....sekadar senyum unta....

kuk kuk kuhk..sekadar senyum...pengalaman yang cukup berharga..sebab di msia mana ada pengalaman sedemikian...disini...ramai hantu dari manusia yg mengundi....?


ASHKENT, 29 Dis (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan tugas beliau sebagai pemerhati pada pilihan raya parlimen Uzbekistan Ahad lepas sebagai pengalaman yang sungguh berharga.(kat sini tak paham-paham apa itu pilihan raya ..ingat pilihan ikut ubn..saja)

"Saya menganggapnya sebagai pengalaman yang amat berharga bagi anggota delegasi Malaysia yang dijemput menjadi pemerhati pada pemilihan itu kerana kami dapat melihat proses pilihan raya yang diadakan dan ini menjadikan kami lebih memahami proses demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata SPR dan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat Uzbekitan (CEC)telah memeterai satu aturan kerjasama pada 2005, yang melibatkan pertukaran lawatan, pengalaman dan latihan serta kegiatan lain dalam usaha memperkukuhkan proses demokrasi di Malaysia dan Uzbekistan.

"Kerjasama ini diadakan demi manfaat kedua-dua negara berkaitan proses demokrasi dan kegiatan pilihan raya," katanya.

Wan Ahmad mengucapkan terima kasih kepada CEC Uzbekistan bagi pihak delegasi Malaysia, yang dianggotai mereka daripada pelbagai latar belakang kehidupan seperti ahli perniagaan, ahli profesional seperti peguam dan pengamal media.

Delegasi Malaysia turut dianggotai setiausaha kehormat Persatuan Undang-undang Asean S. Radhakrishnan, presiden Perdasama Datuk Moehamad Izat Emir dan peguam kanan Kamarudin Ahmad, yang juga mempunyai latar belakang sebagai orang politik.

Mengenai aspek sistem pilihan raya Uzbekistan yang boleh dicontohi Malaysia, beliau berkata ia adalah peruntukan kuota sebanyak 30 peratus bagi wanita untuk menjadi calon.

"Pada pendapat saya, kita patut contohi aspek penyertaan wanita ini, yang kuotanya adalah tinggi iaitu 30 peratus. Ia memberi jaminan tentang penyertaan wanita dalam politik, dalam proses pilihan raya dan di parlimen serta dalam semua peringkat badan pembuat keputusan," katanya.

Beliau berkata ini sesuatu yang "menarik" memandangkan di kebanyakan negara, malah di Malaysia sendiri di mana jumlah pengundi wanita ialah 49 peratus dan pengundi lelaki 51 peratus, tidak terdapat peraturan seperti itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails