BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, December 20, 2009

Polis terlebih belajar....

Peguam tidak didakwa kerana tiada keganasan.suka hati polis saja nak tangkap..tangkap...raja di msia.....
jabatan Peguam Negara tidak mendakwa lima peguam dan 15 lain, yang ditangkap kerana enggan bersurai dalam perhimpunan haram kerana perhimpunan itu tiada unsur keganasan atau kekerasan, siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberitahu hari ini.

Pegawai penyiasat kes itu, ASP Hoo Chang Hook berkata selepas penangkapan pertama melibatkan 14 orang dan penangkapan kedua lima peguam itu dan seorang wartawan, pihak polis telah merujuk kes itu kepada Pejabat Peguam Negara.

Hoo berkata hasil perbincangan dengan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, pihak polis diberitahu kes itu tidak perlu didakwa ke mahkamah atas alasan tiada unsur keganasan dan kekerasan.

Hoo berkata Tun Abdul Majid juga menasihati pihak polis supaya pada masa depan perlu berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya mengunakan Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah dalam menafikan hak tangkapan untuk mendapatkan khidmat
peguam.

Lima peguam yang ditahan itu adalah Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan, manakala seorang lagi ialah wartawan akhbar Suara Keadilan, Law Teck Hao dan 14 lagi.

Mereka ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap kerana menghadiri perhimpunan di luar balai polis Brickfields pada 7 Mei lepas antara pukul 9.25 malam dan 9.30 malam, rentetan daripada perhimpunan sehari sebelumnya yang memprotes penahanan seorang penulis blog, Wong Chin Huat, di balai berkenaan.

Kesemua peguam itu mendakwa mereka berada di situ untuk mewakili mereka yang ditangkap terdahulu.

Siasatan awam itu, yang bermula 14 Ogos lepas, dipengerusikan Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan dibantu Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Michael Yeoh dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

Ia diadakan bagi menentukan, antara lain, sama ada penangkapan dan penahanan lima peguam itu di Balai Polis Brickfields menyebabkan penafian representasi undang-undang dan pelanggaran Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah, dan dengan itu telah mencabuli hak asasi manusia.

Ketika ditanya Muhammad Shafee, apa keperluan peguam itu ditahan di lokap sedangkan mereka boleh dibebaskan dengan jaminan polis dan mereka boleh diminta merekodkan keterangan keesokan harinya, Hoo, berkata arahan yang dia terima daripada ketuanya DSP Judy Blacious Pereira supaya menahan mereka di lokap.

Hoo saksi ke-16 juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa sekiranya peguam itu dibebaskan, mereka tidak akan melarikan diri.

Dia berkata dia menerima arahan daripada Judy yang merupakan ketua bahagian siasatan jenayah bahagian Brickfields supaya menahan empat peguam perempuan di lokap balai polis Jalan Travers dan seorang peguam lelaki di lokap balai polis Taman Tun Dr Ismail.

Hoo berkata rakaman keterangan peguam itu tidak dilakukan pada masa itu kerana masa telah lewat iaitu pukul 3.30 pagi walaupun polis dibenarkan merekodkan keterangan tangkapan pada bila-bila masa selagi mereka tidak ditahan di lokap, kerana mengikut Peraturan-Peraturan Lokap 1953, tangkapan tidak boleh disoal antara pukul 6.30 petang hingga 6.30 pagi.

Dia berkata dia menerima arahan daripada Judy supaya hadir ke balai polis Brickfields bagi menyiasat kes perhimpunan haram dan dia bergegas ke situ kerana pada pendapatnya itu merupakan kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan awam.

Hoo berkata dia dipanggil ke balai polis selepas peguam itu ditangkap pada pukul 12.45 malam dan mengarahkan kesemua tangkapan dibawa ke lokap untuk ditahan tetapi dia tidak mengiringi tangkapan itu ke lokap.

Dua jurufoto polis Lans Korporal Zaifolanuar Zainal dan Konstabel Nor Zekry Bakri dan seorang juru kamera polis dari IPD Brickfields, Syed Mahusin Syed Hassan masing-masing memberi keterangan dan pada prosiding inkuiri itu ditunjukkan slide foto dan rakaman video perhimpunan itu yang dirakamkan semasa kejadian tersebut.

Inkuiri itu yang diadakan di Menara Tun Razak, akan disambung 16 dan 17 Januari. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails