BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, December 20, 2009

Jangan... balik jadi Artis...


jangan pulak selepas habis belajar nanti pilih proffesion nak jadi Artis pulak...!!jalan-jalan kearah itu nampak gayanya dah terbuka...walau pun bertudung tapi aurat dah dijaga ke?bertudung lain menutup aurat lain..kalau ikutkan benggali pun bertudung lebih dari siAmalina..

KOTA TINGGI: Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri yang kini menuntut di Universiti Edinburgh, United Kingdom, mendapat keputusan cemerlang bagi peperiksaan tahun pertama dan kedua dengan semua subjek antara 80 hingga 90 markah.

Ibu Nur Amalina, Sabariah Hassan, 49, yang baru pulang daripada melawat anaknya selama sebulan, kelmarin, berkata anaknya yang kini mengikuti ijazah dalam bidang perubatan tidak pernah gagal, malah keputusan peperiksaannya sentiasa cemerlang.

Beliau turut menunjukkan salinan keputusan peperiksaan tahun pertama dan kedua anaknya kepada wartawan Berita Harian."Amalina tidak pernah gagal, dan khabar angin itu tidak benar. Saya menganggap ini sebagai dugaan, malah ia menguatkan semangat Amalina," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Saujana di sini, semalam.

Isu kegagalan Amalina dalam pengajiannya menjadi hangat selepas dibangkitkan Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Baru) ketika perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini, namun Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai kegagalan itu.

Sabariah berkata, ketika di United Kingdom, beliau diberitahu mengenai perkara itu oleh rakannya di Malaysia dan membuka blog untuk membaca khabar angin itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails