BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, December 20, 2009

tidak-tidak jangan Fitnah saya..

sebelum ..Bung menafikan...jangan fitnah saya.hakikatnya mmg sudah berkahwin..sekarang alasan perlu melindungi isteri tua dan juga alasan nafikan berbulan madu..kahak kaaa..kalau dah putarbelit dan penipuan dah jadi darah daging..nak buat macam mana???kesian pengundi-pengundi yang telah memberikan undi kepada siputar alam ini..macam, ini nak jadi Yb...nanti si zizie mengandung diakan menafikan yang anak dalam kandungan bukan kerja dia..mmg dah mengandung sebelum kahwin...apa jaminan yg dia takkan cakap macam itu..nasib badan kau lah zizie....zzam-zam alakazam...saya sudah berumur mana boleh kerja itu...mesti pandai pembohong..mesti pandai temberang..kalau mau beristeri dua.

jangan sampai pengundi naik meluat

Bung Moktar sahkan sudah ikat Zizie


PETALING JAYA, Dis 20 — Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini menafikan sudah berkahwin dengan pelakon Zizie Izette akhirnya mengaku sudah memiliki aktres itu sebagai isteri keduanya.

Wakil rakyat berusia 50 tahun itu berkata beliau kini mahu semua pihak menghormati privasinya.

Beliau yang kini berada di luar negara menafikan sedang berbulan madu.

"Saya bersama anak-anak saya," kata beliau kepada New Straits Times.

Ketika ditanya mengapa beliau membuat penafian sebelum ini, Bung Moktar berkata: "Saya lelaki yang sudah berumah tangga. Saya perlu melindungi isteri saya yang satu lagi."

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bila majlis perkahwinan telah diadakan.

"Setiap orang tahu. Tidak perlu butiran lanjut. Surat khabar telah banyak menulis mengenainya," katanya.

Zizie pula berkata dia menghormati pengesahan Bung Moktar.

Khamis lalu rakan-rakannya di Parlimen juga mengesahkan Bung Moktar sudah berkahwin.

Rakan karib Bung Moktar, Datuk Mohamed Aziz berkata, "terjawablah sudah teka-teki."

"Saya telah menghubungi kawan saya Bung Moktar, senang cakap mereka sudah selamat.

"Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagian kawan adalah kebahagian kita," kata Mohamed yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Mohamed menegaskan apa yang dilakukan oleh Bung Moktar tidak salah dari segi undang-undang, adat dan agama.TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails