BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, December 29, 2009

...umno mau buat kija ini ke..kalau ada pun kena potong 20% ..


ydp ust noordin mewakili DS Nizar..sampaikan sumbangan untuk membaik pulih jalan di kuala sangga..

Kita akan bantu rakyat tanpa mengira kaum-Ustaz Nordin Jaafar

Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Bukit Gantang menyampaikan sumbangan DS Nizar Jamaluddin berjumlah RM 2000.00 kepada Ketua Kampung Kuala Sangga Encik Beh Ah Soon.Turut hadir Setiausaha Kawasan,Sdr Fadhil Idris dan Sdr Basher Ahmad,Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional.

Taiping-29 Disember 2009

YDP Pas Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar mewakili DS Nizar telah menyampaikan sumbangan DS Nizar berjumlah RM2000.00 kepada Ketua Kampung Kuala Sangga Kuala Sapetang.

DS Nizar meminta Ustaz Nordin untuk menyampaikan bantuan segera itu untuk membaiki laluan jalan kaki yang rosak teruk.DS Nizar sewaktu melawat penduduk Kuala Sangga telah berjanji untuk membantu.Bagi beliau keselamatan nyawa murid sekolah yang akan memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari perlu diberi perhatian.

Jadi beliau meminta Ustaz Nordin menyampaikannya.Ustaz Nordin sewaktu ditemui menyatakan PAS melalui Ahli Parlimennya membantu masyarakat tanpa memilih kaum.

"Pas,akan bantu rakyat sama ada melalui Ahli Parlimen atau Tabung Pas sendiri"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

"Kita akan panjangkan kepada agensi berkenaan jika perlu apabila membantu rakyat"ujar Ustaz Nordin lagi.

"UMNO,MCA,MIC dan Gerakan hanya bantu mengikut kaum,mereka menjuarai isu perkauman"kata Ustaz Noodin Jaafar."Bagi kita Pas For All"tambah Ustaz Nordin lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails