BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, December 19, 2009

PAKAT-PAKAT LUMPUHKAN MEDIA UTAMA

karpal singh insaf dan sedar,tapi umnog bila nak sedar.
kita tengok suratkhabar2 utama esok,dimana berita konvensyen PR yang berlangsung sebegitu rupa hari ini,sedangkan berita ini menjadi berita2utama media-media Luar Negara,yang si utusang mengampu online sehingga saat ini no any news,si berak Harian lagi lah,macam itu juga star online..dll.tak tahu pulak mungkin pemberita2 media main stream malaysia diberi cuti khas atau ada agenda lain.satu-satu nya cara untuk memberikan pengajan buat media -media ini ,jangan beli,kalau teringin membaca juga masuk kedai kopi pekena teh secawan baca sepintas lalu.biar mereka rasa betapa peritnya bila pulangan tidak mencukupi untuk membayar gaji dan sbgnya .KITA KENA PAKAT-PAKAT LUMPUHKAN MEDIA-MEDIA UTAMA YANG PRO BN DAN UMNO.

Di dada Karpal Singh ada 'bulan' - Nik Aziz

SHAH ALAM, 19 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.

Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails