KontraKTOR..OKU...BUAT KERJA SAMPAI KE BENUA INDIA...HANCUSSSSS(OKU:Orang Kuat Umno)
Tujuh terbunuh jambatan runtuh di India
25/12/2009 1:17pm
NEW DELHI 25 Dis. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 40 lagi dipercayai terperangkap selepas sebuah jambatan runtuh di barat India.
Kejadian itu berlaku lewat malam tadi apabila jambatan yang masih dalam pembinaan merentasi sungai Chambal di negeri Rajasthan runtuh, kata pegawai daerah tempatan, T. Ravikant.
"Beberapa orang yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital," katanya. "Kami khuatir 40 lagi masih terperangkap di bawah runtuhan."
Pihak tentera turut serta membantu menyelamatkan para buruh yang terperangkap manakala penyelam dan pematri terus menjalankan kerja menyelamat di tempat kejadian. - AFP
No comments:
Post a Comment