BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, December 11, 2009

Taiping dan Akibat Perjanjian Pangkor 1874



The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim... saya sebenarnya bercadang setakat mahu meletakkan gambar-gambar para pejuang Melayu di Perak dengan cerita berkaitan boleh dibaca sendiri kerana sudah terdapat pada gambar yang diberi. Sebaliknya, saya tidak dapat menahan diri daripada meluahkan rasa dan pandangan akan apa yang terjadi sehingga membawa kepada Perjanjian Pangkor 1874, pembunuhan J.W.W. Birch 1875 serta gerakan besar-besaran melawan orang Melayu sehingga Datuk Maharajalela dan orang-orangnya dihukum bunuh, Sultan Abdullah dan beberapa orang pembesar dibuang ke Pulau Seychelles dan sebagainya tahun 1877.


Di atas adalah sebuah bangunan rumah kedai lama di Taiping. Saya tertarik dengan rimbunan pokok yang tumbuh daripada celahan bumbung...
Sebuah jalan di Taiping... Saya cukup suka melihat latar-belakang Bukit Larut setinggi sekitar 5,000 kaki yang menghiasi pemandangan bandar ini.
Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan.
Kota Ngah Ibrahim di Matang, 8km jalan ke Kuala Sepetang
Masjid lama Melayu di tengah bandar
Masjid yang didirikan Ngah Ibrahim lebih 120 tahun lalu ini menempatkan makam-makam ramai orang ternama kawasan ini dahulukala termasuk isteri Ngah Ibrahim, Toh Puan Halimah yang merupakan anakanda kepada Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.



Inggeris sebelum itu telah mendapat pengkalan utama di Pulau Pinang tahun 1786, setelah "dibuka" oleh Francis Light, sebenarnya hasil pencerobohan penuh strategi tipu-muslihat diplomatik ya, bukan atas dasar persahabatan yang sebenar. Mereka pun mula menujukan jarumnya ke Perak, satu bumi yang keSultanannya mewarisi darah Raja-raja Melaka yang turut mengandungi darah kerajaan lama Singapura, Samudera-Pasai dan Perlak... Darah-darah istimewa yang menggabungkan genetik kebesaran Raja Iskandar Zulkarnain dengan darah penuh barakah para Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW.
Ruang di Perak terbuka luas dengan penemuan bijih timah secara besar-besaran di Larut. Kemasukan para pelombong Cina yang dibawa ke sini melalui Pulau Pinang dengan kerjasama tokeh-tokeh Cina yang dilindungi penjajah British mula mengubah keadaan sosio-politik setempat.
Dahulu, bukan tidak pernah datang orang-orang Cina atau bangsa-bangsa lain ke Tanah Melayu... Bukankah Melayu itu "lubuk" bangsa-bangsa bersatu? Tetapi jika dahulu, bangsa-bangsa luar senang berinteraksi dengan bangsa Melayu lalu sesiapa yang memilih untuk menetap di sini pun "masuk Melayu", keadaan mula berubah dengan hasil perancangan British.
Dahulu, bangsa luar yang datang lebih senang "masuk Melayu" lebih-lebih lagi setelah memahami hakikat sebenarnya.. . Bahawa Islam bukan setakat bermula 1,400 tahun lalu tetapi ia adalah agama asal fitrah manusia yang bermula sejak Nabi Adam, cuma diupgrade dari masa ke semasa dengan Syariat-syariat baru untuk memperbetulkan mana-mana landasan yang lari.
Proses pembaharuan ini terus berlaku sehingga Islam itu betul-betul lengkap untuk manusia seluruh dunia menuju akhir zaman dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penutup para Rasul dan Nabi. Tetapi sejak British memulakan campurtangan, bangsa pendatang diasingkan dan pada masa yang sama, dakyah anti Islam ditekankan di seluruh dunia! Kenapa? Supaya para pendatang ini tidak akan "masuk Melayu"... Tidak ada lagi new membership untuk menjadi ahli kesatuan besar yang dikenali sebagai Melayu ini! Kerana mereka tahu akan hakikat sebenar asal-usul Melayu sebagai bangsa-bangsa bersatu sedangkan untuk menguasai bumi ini (kerana British juga adalah proksi Yahudi Zionis sebenarnya), mereka perlu melaksanakan dasar pecah-dan perintah.
daerah Larut (ya, yang mengandungi Taiping) ini menjadi tempat utama British memasukkan jarum penjajahan di Semenanjung. .. Mereka lebih licik daripada Portugis dan Belanda dahulu dengan menggunakan taktik yang bakal memadamkan makna sebenar Melayu itu sendiri!
Dalam keadaan itulah, mereka berjaya menerbitkan kekacauan-kekacauan di Perak yang dikenali sebagai Perang Larut, kononnya kerana pelombong Cina yang berlainan etnik seringkali bergaduh... Ya, memang golongan-golongan etnik ini ada sedikit masalah suka berpuak-puak sejak daripada Tanah Besar Cina lagi tetapi agaknya siapakah yang mengapi-apikan mereka sehingga sering terjadi pergaduhan besar? Ingat lagi akan cerita penglibatan gangster-gangster Ghee Hin dan Hai San di Perak seperti dipelajari di sekolah dahulu? Apakah mereka bertindak sendirian ataupun sudah ada rancangan jangka panjang?
Pada masa yang sama, timbul pula masalah pertikaian takhta di Perak. Kalau dikaji dengan lebih teliti, permulaannya juga berkait dengan Larut apabila Raja Muda Jaafar yang nampaknya tidak sabar bertindak merampas kuasa daripada Sultan Abdullah I (bukan yang dibuang ke Pulau Seychelles ya), Sultan Perak ke 22 yang bersemayam di Teluk Intan. Lalu walaupun Raja Muda (kemudiannya naik menjadi Sultan ke 23 setelah kemangkatan Sultan Abdullah 1857) belum ditabalkan menjadi Sultan, baginda boleh memberi surat kuasa kepada Long Jaafar untuk mentadbir Larut. Untuk pengetahuan, Long Jaafar kemudian digantikan oleh Ngah Ibrahim...
Masalah pertikaian takhta menjadi nyata apabila pengganti Sultan Jaafar iaitu Sultan Ali Al-Mukamal mangkat tahun 1871. Ketika itu, Raja Muda ialah Sultan Abdullah II, anakanda Sultan Jaafar sedangkan menurut giliran sebelum Sultan Jaafar merampas kuasa daripada Sultan Abdullah I, sudah sampai masanya untuk Raja Yusuf anakanda Sultan Abdullah I memerintah Perak. Sebaliknya Raja Ismail yang sebenarnya adalah putera Raja Siak yang beribukan kerabat diraja Perak pula diangkat menjadi Sultan Perak yang ke 25, menurut ceritanya dengan sokongan Ngah Ibrahim yang tidak gemar jika Raja Abdullah menaiki takhta.
Apapun, kekalutan yang berlaku akhirnya membawa kepada Perjanjian Pangkor 1874 di mana Raja Abdullah dapat menjadi Sultan ke 26 dengan sokongan British sementara bekas Sultan Ismail diberikan pencen. Tiba-tiba juga kaum-kaum pendatang Cina yang bertelagah dapat didamaikan.. . Yang peliknya, ketua-ketua gangster Cina yang terlibat membuat kacau telah diangkat menjadi ketua-ketua masyarakat! Kenapa agaknya ya!
Sekarang baru saya teringat... Dokumen asal yang saya pernah lihat di Istana Hinggap Bukit Chandan yang kemudian dijadikan muzium menyebutnya sebagai Perjanjian Dinding... Kerana ia dilakukan di Pulau Pangkor yang dahulu dikenali sebagai Pulau Dinding, dan memang daerah sekelilingnya yang meliputi Lumut dan Sitiawan dahulu dikenali sebagai Dinding... Apakah ia diubah menjadi Perjanjian Pangkor sempena nama Chek Peng Kor yang saya lihat terpampang megah di sebuah bangunan di pekan utama Pulau Pangkor?
Lebih menyedihkan adalah bagaimana Perjanjian Pangkor 1874 itu sebenarnya merampas hak ketuanan Melayu. Seorang Residen British MESTI dipakai dan "nasihatnya" MESTI dilaksanakan kecuali dalam hal-ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu... Itulah asal mula konsep raja-raja berpelembagaan di Malaysia di mana kuasa eksekutif dan pentadbiran kini dipegang Parlimen dan Perkhidmatan Awam.
Ternyata Residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch adalah seorang yang tidak bertimbangrasa terhadap perasaan orang Melayu sehingga seringkali menjatuhkan air muka Sultan dan para pembesar. Hasilnya buat pertama kali setelah sekian lama, semua pembesar Melayu bersatu untuk menghapuskan ancaman ini lalu terbunuhlah Birch di Pasir Salak 1875. Hasilnya juga, terjadi perang besar-besaran orang Melayu Perak dengan British, perang yang menurut catatan rasmi dimenangi British tahun 1877 kerana memiliki kelengkapan yang lebih canggih... Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah sekali lagi orang Melayu belot terhadap orang Melayu juga!

Di atas adalah model gambaran pendakwaan di mahkamah yang dibuat oleh British terhadap pahlawan-pahlawan Melayu yang dikatakan terlibat dengan pembunuhan Birch. Adapun proses pendakwaan itu memang berlaku di sini, di Kota Ngah Ibrahim ini!
Apa yang terjadi, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan Pandak Indut dihukum gantung sehingga mati. Sultan Abdullah II, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin, Shahbandar Uda Ma'amor dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Afrika sementara bekas Sultan Ismail dibuang negeri ke Singapura! Gambar-gambar mereka (tak semuanya ya) ada dipaparkan di artikel The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim... yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH pagi buta tadi (atau malam semalam, ketika saya menulis ini, sudah lepas jam 9 malam!)...
Ketiadaan mereka menyebabkan orang-orang Melayu Perak hilang kekuatan perjuangan yang terarah. Dalam pada itu, Raja Yusuf anak Sultan Abdullah II yang mula menjadi Raja Muda apabila Sultan Abdullah I menaiki takhta hasil Perjanjian Pangkor 1874 terus memegang jawatan tersebut. Akibatnya, nama Sultan Abdullah yang dalam buangan dapat digunakan sebagai rubber stamp untuk British melaksanakan program demi program "pembangunan" yang akan mengikis ketuanan Melayu sementara Raja Yusuf yang tidak mempunyai kuasa sebenar jadi tukang angguk sahaja! Baginda cuma dapat menjadi Sultan 10 tahun kemudian, itupun setakat dalam tempoh 3 bulan sahaja apabila mangkat tahun 1887.
Dalam tempoh inilah bandar Taiping yang menurut bahasa Cina bermakna "keamanan yang berkekalan" dapat dibentuk... Bandar yang buat pertama kalinya dalam tempoh entah beribu tahun (selain Melaka dan Pulau Pinang yang telah lebih dahulu jatuh ke tangan penjajah) dibina seratus-peratus untuk mengutamakan bangsa lain lalu meminggirkan bangsa Melayu ke kampung-kampung dan pendalaman.. .
Allah! Sedih dan sakit saya mengingatkan ini... Lalu Taiping dijadikan model perbandaran baru (moden menurut mereka. Chis!) yang bakal dicontohi seluruh Tanah Melayu. Bandar-bandar Melayu yang telah wujud lama dahulu di merata tempat dirobohkan dan kesannya cuba dihilangkan. .. Ada yang kembali menjadi hutan belukar, ada yang tenggelam "ditelan" estet-estet yang didirikan British dengan sokongan buruh daripada India... Oh, sejak itu juga banyak lagi orang-orang bangsa Cina dan India juga lain-lain yang bukan beragama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu tetapi terus diasingkan daripada warga asal supaya mereka tidak "masuk Melayu"...
Sebab itu banyak makam-makam lama milik Raja-raja Melayu terletak di dalam hutan dan estet-estet kelapa sawit. Mereka yang tidak tahu hakikat sebenar menyebut, inilah bukti orang-orang Melayu adalah orang-orang hutan yang tidak bertamadun. Yang sebenarnya, makam-makam ini dahulu terletak di dalam KOTA-KOTA MELAYU... Struktur binaan kota-kota Melayu terutama di mana raja-raja bersemayam memerlukan sesebuah kota itu diterajui sebuah istana di tengah-tengah. .. Kemudian berdekatan, baru ada masjid utama di mana di sebelahnya terdapat kawasan pemakaman diraja... Baru di sekeliling ada perkampungan orang-orang besar yang mengandungi rumah para pengikut masing-masing dan di celah-celahnya kawasan pasar tempat masyarakat banyak berjual-beli dan berinteraksi.
British cukup licik mengubah sejarah. Hasilnya, anak bangsa kita sekarang celik mata sahaja sudah melihat kedai-kedai Cina menguasai perdagangan di setiap bandar. Sehingga kita tidak dapat membayangkan lagi bagaimanakah keadaan orang Melayu menguasai perniagaan.. . Malah tak terfikir pun orang Melayu benar-benar mampu berniaga... Apa yang kita tahu tanpa orang Cina, ekonomi negara kita akan lumpuh! Begitu teruk sekali jiwa Melayu ini dijajah sehingga bagi sesetengah orang Melayu sendiri, tidak masuk akal orang Melayu pernah menguasai segala bidang...
amiwelder
__,_._,___


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails