BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, December 24, 2009

kahk kahk..satu lagi LAWAK today..

umpama..PENYAMUN diberi kuasa menyiasat siapa dia PENCURI..laporan kena serahkan kepada LANUN..selepas berpuas hati..SILANUN akan bentang laporan untuk diadil oleh satu gerombolan PENYANGAK....kaaahh kahhhh MALAYSIA KU jadi KARTUN....akhirnya PENCURI tidak dikenalpasti...masuk menjadi Ahli PENYANGAK..RAKYAT habis duit membeli dan membayar duit MEDIA dengan harapn dapat BERITA penuh kes KECURIAN itu...inilah MALAYSIA KU...SELAGI UMNO BN menjadi PEMERENTAH....KIKKK KIKKK KIKK..NASIB KAULAH labu.....HANGPA YG MEMILIH..kaum kerabat ini menjadi PEMIMPIN kamu...
Peguam Negara jamin siasat habis-habisan

NEW DELHI - Peguam Negara, Ta:n Sri Abdul Gani Patail semalam memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.

:Katanya, kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E disifatkan sebagai 'perkara serius'.

:“Ini perkara serius. Setahu saya, ia melibatkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya,” katanya.

:Laporan yang tersiar minggu lepas tentang kehilangan dua enjin pesawat pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) itu mendorong pihak berkuasa menjalankan penyiasatan mengenainya.

Abdul Gani berkata, kes berkenaan rumit kerana ia melibatkan pelbagai agensi, kementerian, agensi pengangkutan dan penghantaran, rangkaian keselamatan dan syarikat yang membaik pulih enjin.

Menurutnya, pihak tentera telah menjalankan siasatan sendiri berhubung kes itu sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis lebih setahun selepas kehilangan enjin berkenaan.

Kes itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara kira-kira enam bulan lepas untuk disiasat.

“Saya telah meminta pegawai saya menjalankan siasatan lengkap, keseluruhan pergerakan dua enjin terbabit dan saya hendak tahu di mana enjin itu berada sekarang.

“Ini bukan perkara mudah. Ia melibatkan u:saha yang dirancang secara rapi oleh sekumpulan orang,” katanya.

:Abdul Gani berada di New Delhi bagi menyampaikan syarahan pada siri syarahan Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika (AALCO). - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails