Boleh ke dia ikut....????kalau dia tak ikut mahkamah boleh buat apa???saya konfiusssssss,,,buzzzz jadi bleeer...Kalau mahkamah zunar takpe juga...ini mahkamah Malaysia..
Manohara diperintah kembali taat dan bayar hutang
KOTA BAHARU - Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.
Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang berkata, perintah itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja Tengku Muhammad Fakhry melafazkan sumpah "Yamin Istizhar" (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Januari tahun depan.
Ketika membacakan penghujahan penghakiman lebih sejam itu, Mohd Yusof memerintahkan hukuman kembali taat terhadap Manohara itu berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari selepas suaminya melafazkan sumpah tersebut.
Manohara yang memakai gelaran Cik Puan Temenggong, juga perlu membayar jumlah hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas selesai sumpah berkenaan disempurnakan.
"Saya berpuas hati dengan segala keterangan pihak plaintif termasuk keterangan saksi sebelum ini dan setelah mengambil kira semuanya, pihak defendan perlu kembali taat dan membayar hutang kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan," kata Mohd Yusof. - Bernama
No comments:
Post a Comment