BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, December 13, 2009

Polis..sedang Giat....

Dua pekerja kedai nombor ekor dirompak guna pistol

SHAH ALAM - Dua pekerja kedai judi nombor ekor dirompak oleh seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dengan mengacukan pistol terhadap dua pekerja kaunter kedai nombor ekor di Persiaran Sultan Ibrahim, Klang, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.50 petang itu apabila pekerja kaunter kedai judi berkenaan didatangi seorang lelaki memakai topi terus mengacukan pistol ke arah mereka dan meminta menyerahkan wang.

“Takut diapa-apakan lelaki yang mengacukan pistol itu, kedua-dua pekerja kaunter tersebut terus menyerah wang hasil jualan nombor ekor RM557 dan lelaki tersebut terus melarikan diri.

“Hanya dua pekerja kaunter itu sahaja yang berada di kedai judi berkenaan dan tiada seorang pelanggan ketika kejadian itu berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohamad berkata, kedai judi berkenaan memasang rakaman litar televisyen tertutup (CCTV), namun tidak berfungsi dengan baik apabila rakaman yang diperolehi tidak jelas.

“Polis kini sedang giat berusaha mengenal pasti lelaki berkenaan dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

yang puak-puak haq dalam malaysia rompak harta rakyat tak pula demo nampak...haq kecil nampak,,inni yg dirompak berjuta-juta demo buat donnow saja...kenapa?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails