BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, May 4, 2010

Boleh set pejabat atas Bukit.


INI AKU AGAK MESTI AKAN TEMPATKAN PEJABAR BELIAU DIGENTING HIGHLAND..SENANG BUAT DISCUSSION SAMBIL BERSANTAI DIGENTING.
JANGAN JK PANTAU TERLENA SAMPAI HABIS WAKTU DI GENTING..RALIT DGN DAUN.DAN DIULIT KESEJUKKAN...kan itu tempat bermain beliau

Bekas IGP anggotai panel pantau kes remaja ditembak
Mei 4, 10 12:28pm
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar adalah antara lapan orang yang dilantik bagi menganggotai jawatankuasa khas bagi memantau siasatan polis berhubung kematian remaja 14 tahun yang ditembak mati polis 26 April lalu.

Mereka yang lain adalah bekas pesuruhjaya Suhakam Dr Denison Jayasooria, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim, peguam Muhammad Shafee Abdullah, ketua pegawai eksekutif ASLI Dr Michael Yeoh dan naib canselor UiTM Prof Abdul Halim Sidek.

Panel berkenaan akan diketuai oleh timbalan menteri dalam negeri, Datuk Abu Seman Yusop dan dibantu oleh timbalan ketua setiausaha kementeriannya, Datuk Ahmad Fuad Aziz.

Abu Seman memberitahu pemberita minggu lalu bahawa jawatankuasa khas itu tidak boleh menjalankan siasatannya sendiri tetapi hanya boleh memantau siasatan yang dijalankan oleh polis bagi memastikan ia berjalan dengan telus dan adil kepada semua pihak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails