SUDAH TERANG DAN NYATA..dihadapan rakyat PP khususnya dan amnya dimata rakyat 1Malaysia..siapa sebenarnya rasis,porakperanda kan keadaan siapa sebenar nya Pengkhianat pada Raja Raja Melayu siapa sebenarnya perabiskan wang rakyat..tapi sayang seribu kali sayang masih ramai anak anak muda dan segelintir warga Tua bangka yang makan Taik mengantikan Nasi sebagai makan utama mereka..kerana itu kebenaran yang terpampan dihadapan mata dikabur zat najis najis yg dimakan oleh mereka..Kesian sungguh puak puak ini...apa cara dan upaya untuk menyedarkan mereka..????
Lim Guan Eng rasis SATU LAGI PROJEK UMNO?
Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.
Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.
Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.
Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.
Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.
Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Jalan Street Light.
Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.
Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan “Guan Eng tipu Melayu” tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab.
Ketua Polis Daerah Georgetown Gan Kon Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.
"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.
Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.
Briged MP Segambut
No comments:
Post a Comment