BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, June 1, 2011

Ikhals apa woooi bukan duit kepala bapak hangpa...

bagi sebab ada masyuk untuk kroni..bukan dengan niat ikhlas nak bantu pelajar..bukan gitu ke..?

Pelajar terima sumbangan komputer riba


LABUAN: Seramai 1,450 pelajar di Labuan akan menerima komputer riba di bawah program 1Malaysia tahun ini.

Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal berkata komputer riba sumbangan kerajaan kepada pelajar yang layak itu mencerminkan keikhlasan kerajaan dan keseriusannya dalam memastikan pelajar-pelajar celik komputer.


"Bukan itu sahaja, kami dalam kerajaan juga ingin memastikan pelajar-pelajar yang tidak mampu untuk memiliki komputer peribadi, memperolehi akses kepada maklumat berkaitan sekolah, menerusi internet," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan komputer riba kepada pelajar di sini hari ini.

Sejumlah 450 pelajar dari 27 sekolah menerima komputer riba 1Malaysia hari ini, manakala selebihnya akan mendapat komputer riba mereka sebelum hujung tahun.


Yussof seterusnya mengingatkan pelajar-pelajar supaya tidak menyalahguna kumputer riba itu, dengan menjualnya untuk mendapat untung cepat, dan jika didapati mereka hendak menjualnya, komputer itu akan ditarik balik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails