BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, May 1, 2010

ini kes Tender dalam seluar atau,,anai-anai mengamuk..?

siling di buat bila..?..aduh mesti zaman BN haprak punya..siasat-siasat jgn tak siasat..K`jaan negeri pun kena siasat..jgn harap sangat JKR aje..Kontrator siapa..?tapi agak mesti OKU.(orang Kuat Umno).....mesti ada kira-kira punya.....aiii taktahu le nak buat camna..semua bekas tangan UMNOBN sedangan mengalami keruntuhan..nak mampus ke apa..?






Siling Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Runtuh

PULAU PINANG, 1 Mei (Bernama) -- Siling di bahagian galeri Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang runtuh Jumaat menjelang persidangan Dewan yang akan bermula Isnin ini.

Menurut Speaker Datuk Abdul Halim Hussain, kira-kira 70 peratus siling di ruang tempat duduk media, pemerhati dan penulis hansard dilaporkan runtuh kira-kira 3.30 petang.

"Ketika kejadian, terdapat dua hingga tiga kakitangan berada di dalam bangunan. Bagaimanapun mereka tidak mengalamai sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyiasat kejadian.

Abdul Halim berkata runtuhan itu tidak akan menjejaskan persidangan nanti.

"Pihak kami juga sedia dengan alternatif lain termasuk kemungkinan memindahkan lokasi persidangan ke tempat lain seperti Dewan Sri Pinang, Dewan Universiti Sains Malaysia dan Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai," katanya.

Semasa ditinjau, pekerja JKR sudah memulakan kerja baik pulih dengan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob dan beberapa pegawai polis turut mengunjungi bangunan berkenaan.

-- BERNAMA


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails