BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, May 2, 2010

PM Malaysia da ditukar ke..????


dah konfirm Jadi PM ke..?
SIBU, 2 Mei (Bernama)
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan rakyat di negara ini, khususnya golongan wanita, agar terus menyokong kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) supaya kemajuan yang sedang dinikmati akan terus dikecapi oleh generasi masa depan.

Beliau berkata kerajaan BN sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan penyertaan kaum wanita dalam sektor sosio-ekonomi dengan menyediakan kemudahan dalam pelbagai program pembangunan.

"Sumbangan wanita di negara ini sentiasa mendapat pengiktirafan dan tiada diskriminasi wanita berlaku di negara kita. Model pentadbiran kerajaan yang sentiasa mendukung prinsip kesaksamaan jantina serta konsep 1Malaysia yang memperjuangkan keadilan untuk semua.

"Sebab itulah tiada alasan untuk menukar kerajaan," katanya dalam sesi perjumpaan dengan kira-kira 400 wanita BN Sibu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sarawak di sini pada Ahad.

Rosmah menasihati wanita yang bakal menjadi peraih undi dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini agar bekerja keras bagi memastikan BN terus mendapat sokongan dan seterusnya meraih kemenangan.

Beliau berkata kemenangan BN dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April lepas harus menjadi inspirasi kepada peraih undi wanita untuk memastikan kejayaan BN.

Rosmah turut berharap agar pemimpin-pemimpin wanita menjadi ejen perubahan kepada kalangan kaum wanita keseluruhannya bagi melahirkan individu wanita yang gigih, kreatif, berdisplin, ingin maju, berdaya saing dan memiliki keperibadian serta nilai moral yang tinggi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datin Fatimah Abdullah menyifatkan perjumpaan Rosmah dengan Wanita BN Sibu hari ini bakal menyuntik semangat kepada peraih undi wanita dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

"Saya berharap lawatan dan perjumpaan isteri Perdana Menteri di sini akan memberi semangat, kekuatan dan keyakinan kepada peraih undi wanita untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN," katanya.

Fatimah yang merupakan Menteri di Pejabat Ketua Menteri menyarankan Wanita BN negeri supaya bekerja keras untuk meraih undi kerana setiap undi adalah penting bagi BN mengekalkan kerusi Parlimen berkenaan.

Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu akan diadakan pada 16 Mei ini berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan anggota Parlimen Sibu selama lima penggal Datuk Robert Lau Hoi Chew akibat kanser hati pada 9 April.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails